Thursday, December 30, 2010

Tutup buku lama , buka buku baru .

Assalamualaikum .
Salam 1 Malaysia .


Esok kita semua nak sambut tahun baru 2011 . Wah3 . Happening-nye . Sekejap je masa berlalu . Pejam celik , pejam celik dah nak masuk tahun baru . Rasa macam mimpi pulak ! Bagi aku tahun 2010 ni , memang terlampau banyak dugaan , cabaran dan kegembiraan yang berlaku . Memang semuanye indah dan manis2 belaka .


Apa yang dah berlaku sepanjang tahun membuatkan kita lebih matang dalam menjalani kehidupan seharian . Yelah . Walaupun , aku ni masih 14 tahun kenal dunia . Tapi , dah banyak dah yang aku lalui . Mungkin , lebih banyak cabaran , dugaan dan keindahan yang akan berlaku pada masa hadapan . Tu semua kita tak tahu . Kita hanya mampu merancang , ALLAH yang akan menentukan segalanya .


Perhubungan persahabatan di antara kawan-kawan aku semua mengajar aku untuk lebih ikhlas , jujur dan setia dalam perhubungan . Aku memang sayang giler2 dekat semua kawan yang aku pernah kenal dan ada . Even kadang2 ada perasaan bengang terhadap diorang tapi hati ni still lagi sayang dekat diorang semua . Tu semua memang tak boleh lari punye dalam perhubungan persahabatan . Korang pun mesti pernah alami kan ?


Family aku pulak sentiasa happy , bahagia and sibuk dengan hal masing2 . Anak buah aku yang comel tu pun sekarang dah besar . Setahun tiga bulan . Banyak cakap pulak budak kecik tu sekarang ! Geram aku tengok dia . Eiy . " Kang usu gigit baru tau ! "
Huahaha ^.^ Usu sayang giler2 dekat Zariff tau . Tahun ni , aku memang jarang giler jumpa dia sebab dia dah pindah rumah sendiri dan aku pulak duduk hostel and jarang balik . Bila dekat hostel , asyik rindu dia je . Ngee ~ ^^,


Result aku tahun ni oky la kot berbanding time aku form one dulu . Ada peningkatan even tak banyak sekali pun . But , still memuaskan oky . Ranking dalam kelas pun baik2 je . But , aku perlu lebih fokus dengan subjek2 yang aku down giler macam Math , Science and Geo . Aku perlu leboh utamakan tiga subjek ni . Yang lain pun aku akan fokus jugak . Tahun 2011 ni , aku kene struggle lebih sebab aku nak menjalani peperiksaan besar PMR . Candy PMR la katakan ^_^


Anyway , doakan yang the best untuk aku tahun depan oky . Doakan aku supaya aku dapat 9'A dalam PMR'11 . Insaya-ALLAH . AMIN . Aku pulak , kene kuat kan lagi usaha dan berdoa . Moga2 apa yang di azam kan pada tahun baru ni menjadi kenyataan . AMIN ~


Besok , tahun baru ! So , aku nak ucapkan " SELAMAT TINGGAL 2010 " yang banyak kenangan manis dan pahit ni and " SELAMAT DATANG 2011 " yang bakal mewarnai serba-serbi hari2 aku .



HAPPY NEW YEAR MALAYSIA ! ^^,

Wednesday, December 29, 2010

kasi gegar punye !

Piala AFF Suzuki
Persoalan ?
Siapakah yang bakal merangkul Piala AFF Suzuki malam ini ?
Segalanya akan terjawab pada malam ini di Stadium Gelora Bung Karno .
Acewah ! Poyo teramat sangat sampai ayat pun dah macam pengulas sukan lah .
Semua orang tahu malam ni semua rakyat Malaysia akan menyaksikan perlawanan bola
sepak antara pasukan MALAYSIA dan juga pasukan negara jiran iaitu INDONESIA .
Tak sabar2 semua nak tengok . Apa2 pun semoga berjaya pasukan HARIMAU MALAYA .
Aku yakin korang semua boleh
buat punye !
Malaysia Boleh !
Yeah :D NGAUUUUMMMM !!!!!

Wednesday, December 15, 2010

Kisah Akhir Tahun bersama mereka

Mereka? Siapa mereka? Adalah. Haha. Gurau je. Um. Actually si mereka ini adalh sang suria di hatiku. Haha. Sang suria? Siapa pulak tu? Haha. Mereka ialah my best buddy forever. Huhu. Best buddy pulak? Haha. Banyak betul. Cube terus terang saje. Haha. (dalam hati dah nyanyi lagu radja terus terang)


Mereka dalah insan yang digelar teman di hati ini. Mereka adalah antara insan yang aku sayang dan antara yang aku hormat. Haha. Hormat sebagai kawan lah. Anyway, teman-teman aku itu terdiri daripada 8 orang, iaitu fathin Insyirah, Nurul Husna, Farah Liyana, Farah Nadiah, Mimi Nadhirah, Intan Farhana, Norikma Farahin, seterusnya diri ini ( Noor Hazlin).


Tapi, diantara seorang itu dah pindah dah. Dia baru je pindah tahun lepas. Sedih jugak la kan. Tapi nak buat macam maa kan? Kitorang baru kenal dia baru setahun. Dia memang seorang yang pandai, lemah-lembut, sopan-santun dan yang paling penting sporting ok. Haha. Walaupun kitorang berpisah dan terpaksa berjauhan tapi kiotrang masih lagi berhubung melalui SMS, Facebook or kalau ada masa datang je rumah dia. Kasi terjah sama dia .....!!!! Haha.



Manakala, yang lain ni masih lagi di bumi SAMSES ni. Haha. So, kitorang tetap meneruskan kehidupan yang panjang ini. Semua teman-teman ni baru aku kenal tahun lepas. Masa oreintasi asrama. Huhu. So, maknanya kitorang baru je kenal dalam dua tahum macam tu. Banyak dah kitorang tempuh. Suke, duke, gembira, kecewe, haha. Semua share same-same. Diorang lah tempat aku mengadu, marah, merajuk, mahupun lapar. Haha. Standardlah kan duduk hostel. Haha.


Kitorang ni boleh dikatakan paling kepoh diantara form 2. Haha. Kitorang memang kuat gelak. Pastu nangis. Haha. Dah agak dah. Huhu. Selalu buat bising dekat kelas lah. Macam-macam lah. Tapi takde lah jahat sangat. Huhu. Belajar masih dalam kawalan ok. Hihi ^_^


Tapi, yelah. Kalau gaduh-gaduh tu biase la kan dalam hubungan persahabatan. So, kadang-kadang adelah jugak kitorang ni gaduh.Tapi, lepas tu kitorang baik balik. Sedih sangat bila gaduh. tak sampai hati rasenye. Betul tak? Haha. Korang pernah rase? Mesti pernah kan? Huhu T_T

Ok, tanpa membuang masa jom ikut aku check it out gambar jap :


Di malam jamuan asrama................



dekma and aku





intan and fara





Huhu. Kenangan di mesin gedegang (!)




Una and aku




Sweet~




Huhu. Sehati sejiwa (:




Nak lagi tak? Jum ushar lagi........


kisah di sekolah......................




Happy sokmo :D




Eceh ( ! )





Terbaik ( ! )





Smart and gempak.



Lepak-king :P





Yeah. :)




Sayang giler dekat korang semua. hope kita akan jadi best friends forever ok. Thanks di atas segala-galanya. Maaf kalau ade buat salah diantara sedar atau pun tak. Ok. Good luck untuk PMR'11. Do the best! We can do it. Haha.

Friday, December 10, 2010

Award from Kak Yana




Okay. Sorry sesangat Kak Yana sebab Alin buat entry ni agak lewat sedikit. Okay. Walau apa-apa pun terima kasih bebanyak dekat Kak Yana sebab dah bagi award ni dekat saya. HUHU (:
Sebelum tu, kena jawab soalan dulu :




1. Kenapa blog anda PINK?

=> Sebab dulu saya benci dan sekarang saya suka.

2. Ucapan untuk pemberi award.

=> Terima kasih banyak2 sebab dah bagi award. HUHU.

3. Pendapat tentang Blog Yana?

=> Menarik tertarik kau memang debooommmm!!!

4. 3 benda yang selau berada di sisi?

=> Selalu ek? Um.. Handphone, buku and pendrive.

5. 3 benda yang anda benci?

=> Katak and so on lah.

6. Tag kan sekurang-kurangnya 3 orang blogger berBlog Pink.

=> Saya baik, so siapa yang nak silalah ambil! :)






Wednesday, December 08, 2010

Setahun bersama



Hari ini dah setahun kita bersama kan sayang? Rasa macam sekejap je. Macam baru bertemu semalam. HAHA. Ayatmu memang tak boleh bla tau. HUHU (:


Sumpah! Aku sayang gila dekat blog ni walaupun banyak dugaan dan rintangan yang aku perlu hadapi. Tapi, kau tetap ada dalam hati aku ni dan aku sayang kau sangat2. HUHU :D Dan aku masih ingat lagi saat-saat susah payah tuh. YA ALLAH, hanya tuhan je yang tahu. Tapi, sekarang kau dah setahun. So, maknanya kau dah semakin matang dan dewasa. HUHU :) Aku gembira sangat sebab dapat jaga kau sampai kau berumur setahun. Yuhhhuuu!!


Happy Birthday My Sweetheart! I love u so much dear ;)

Tuesday, December 07, 2010

Lembaran baru

Salam maal hijrah kepada seluruh muslimin dan muslimat seluruh dunia. Bermulalah lembaru baru bagi seluruh umat islam di dunia ini. Moga kita dapat memenuhi lembaran baru ini dengan penuh ketaqwaan, keimanan dan keikhlasan. Apa yang berlaku sebelum ini, mungkin kita akan jadi kan ia sebuah pengajaran dan iktibar bagi kita. Oleh itu, bersama-samalah kita memperbaiki kelemahan diri kita sendiri. Semua manusia tidak sempurna malahan sering melakukan pelbagai kesilapan diantara sedar atau pun tidak. Oleh itu, di atas kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf di atas kesilapan yang saya lakukan sepanjang tahun ini. Semoga, bersama-samalh kita memperolehi Rahmat dan Hidayah daripada-Nya. Amin.

Award untuk aku

HEHE :) Award lagi lah. Sukanya! ( Jangan nak lebih-lebih! ) HEHE :D Award datangnya dari Kak Fizza. Thank's kak!


Yeah! Ini dia award nya. Berat! Susah aku nak bawak mai sini. HUHU :)

Soalan :

1. Berikan satu nicnkname untuk pemberi award dan tag.

Fizza. HEHE :D

2. Ucapan untuk pemberi award.

Terima kasih bebanyak. Sayang akak! HUHU :)

3. List 6 of you fav. Band/Group/Artist

Lisa Surihani, Remy Ishak, Ungu, Sixth-Sense, Scha Al-Yahya dan Erien Malik

4. Give this award to ten bloggers that have cute blog.

- Ida Fisa
- Laila Mahfol
- Anis Amira
- Amira Razlan
- Yang lain tu rase2 blog dia cute silalah ambik award ni ek? Dah blank dah otak nak pikir. HEHE :D

Monday, December 06, 2010

Tag sekali lagi from Cik Ida Fisa

Tag ini didatangnya oleh kakak sepupuku sayang. HAHA :) Terima kasih bebanyak dekat Cik Ida Fisa ye. Alin akan jawab dengan penuh kasih-sayang. HIHI (:

1. Adakah anda rasa anda hot?

Tak. Sebab aku tengah sejuk nih. HEHE (:

2. Update wallpaper yang anda guna sekarang?



3. Cerita pasal gambar ini.

Teringin nak terbang. Tapi tak tahu bila. Anyway, gambar ni membuat aku sentiasa nak pergi ke luar negara. Yes! :D

4. Kali terakhir makan pizza?

Sabtu yang lepas dengan My Sister and Zariff.

5. Lagu terakhir anda dengar?

Back to december by Taylor Swift.

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?

Dengar lagu dan online facebook.

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

Malulah nak state dekat sini. Biarlah rahsia! HUHU :)

8. Tag 5 orang.

- Amirah Razlan
- Fizza
- Fatin
- Merah itu jambu
- Anis Amira

9. Siapa orang no 1 dengan anda?

Followers aku.

10. Katakan sesuatu kepada orang ke 5.

Jawab tau tag saya ni. HUHU :)

11. No 3 ada hubungan dengan siapa?

I don't know.

12. Bagaimana pula dengan no 2?

Also don't know! Sorry. ):

13. Kata-kata cinta kepada orang no 4

HEHE :)

14. Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag.

Aku memang memerlukan mereka! Enough. :D





P/S : Thank's a lot Kak. Tak putus-putus akak nak tag Alin. HUHU (:








Tag from Cik Ida Fisa

Wow! Kali ini aku di-tag sekali lagi oleh Cik Ida Fisa kita ini. HAHA. Baiklah. Oleh itu, aku perlulah menjawab soalan-soalan yang ditag ini.

Rule :


once you have been tagged,
you are supposed to write a note with 25 random,
things, facts or goal about you.
at the end, choose 25 people to be tagged.
you have to tagged the person who tagged you.
if i tag you, its because i want to know more about you (:



- Nama aku Noor Hazlin. Kalau nak pendek, Alin cukup. Kalau nak panjang Noor Hazlin Binti Abu Bakar. Rasanya tak payah nak cakap banyak kot. Semua dah tahu kan? Kan? Kan? HAHA :D


- Seorang yang sering melakukan kesilapan sama ada dengan family, kawan atau sebaliknya.


- Ada orang kata, yang aku ni pelik? Ye ke? Maybe kot. KAdang-kadang.


- Tak suka angkat panggilan, tapi suka send message aje dekat diorang. HUHU :)


- Candidate PMR'11. HUHU. Cuak rasanya cerita pasal PMR ni.


- Penggemar nasi goreng pattaya dan air laici. Nyam-nyam!


- Aku ni "hangat-hangat tahi ayam" sikit. HAHA :D


- Fobia dengan katak. Err. Geli!


- Suka tengok bulan mengam bang sebab banyak kenangan dengan bulan penuh tu. Terutama dengan kawan-kawan aku di sekolah.


- Mahukan laptop sendiri! Insya-ALLAH. Tunggu aku masuk U.


- Suka mengahafal sebab aku sekolah agama. So, banyak lah subjek-subjek yang aku kena hafal.


- Sampai sekarang masih lemah mata pelajaran Sains & Matematik. Susah nak score. Tak tahu kenapa? Terutama bila dah naik sekolah menengah ni. Ngee~


- Aku selalu fikir tentang masa depan aku yang akan datang. Macam mana eh? Huhu.


- Aku memang simple kalau bab-bab fesyen ni. Tak nak nampak terlampau over. HAHA :) Kadang-kadang je make-up. Tu pun kalau perlu.


- Masa sekolah, aku memang comot. Malu! Budak lagi. Mana tahu nak bergaya-gaya ni. HAHA (:


- Suka main hujan. Tapi bila dah demam, tak mahu makan ubat. Sampai dipaksa-paksa! HUHU (:


- Nak bawak kereta. Tapi, aku ni budak bawah umur. So, lambat lagi lah nampaknya kau nak berlesen Alin!


- Sayang diri-sendiri, family, kawan-kawan dan orang di sekeliling aku.


- Memang selau duduk termenung dan berangan-angan! Tapi, bukan ala-ala Mat Jenin ye!


- Gemar akan warna ungu, putih dan oren.


- Time sekolah rendah dulu, aku tak lah popular sangat. So, tak ramai cikgu-cikgu sekolah tu kenal aku. Mana yang aku rapat maybe diorang kenal. HIHI :D


- Aku ni open minded.


- Peminat setia Remy Ishak dan Lisa Surihani.




25 bloggers yang kena tag


- Senang cerita, sesiapa yang singgah dekat sini, sila ambil tag ni dan jawab. Sekian. Terima kasih. Terutama, kepada Cik Ida Fisa kita. Oke? ASSALAMUALAIKUM.



Sunday, December 05, 2010

My Second Award

Award yang kedua yang aku terima dari Anis Amira. Thank's a lot dear :)
Soalannya:
1. Awak. Siapa awak?
^_^ Ou. Saya hanya seorang hamba ALLAh yang tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan.
2. Awak suka blog Anis?
^_^ Tentulah saya suka blog die sebab tu lah saya follow die. HUHU :D
3. Dua perkara yang menarik yang ada dekat blog Anis?
^_^ Of course lah die punya header yang kiut miut tuh and background die yang sweet2 gituh. HAHA :)
4. Selalu terjah dekat blog Anis?
^_^ Haiyo! Kena tahu ke? HEHE :D Um. Nanti saya cuba ingatkan balik eh?
5. Anis ni peramah? Baik hati? Sombong? Pelik?
^_^ Peramah kot. Baik hati lah jugak. Sombong? Tak kot. Pelik? Semestinya tidak! :)

Yes! Dream come true..

Ya Allah! Alhamdulillah. Akhirnya aku dapat menghasilkan sebuah header untuk blog aku yang tercinta ini. Oh! Gembira sangat. HEHE. ( Overdose lak minah ni). HAHA :D. Anyway, tiba-tiba ada tergerak hati nak buat. So, Aku buat lah. HAHA. Thanks kepada sesiapa yang buat toturial pasal cara nak buat header transparent ni. Yahhha!!Walaupun tak lah seberapa comel or cantik tapi bagi aku, aku puas! HAHA. Terimalah header yang di edit sendiri oleh tuan blog ini. Oke! Sampai sini sahaja. Assalamualaikum.

Friday, December 03, 2010

First Award!


Em. Molek lah kita mulakan dengan ucapan Assalamualaikum. HUHU. Oke! Alin ambik award nih and answer soalan yang dibagi. Here, soalannya.


- Berikan ucapan slogan untuk blog dia tidak melebihi 20 patah perkataan.

.....................................................
..........................................
...............................
.......................
...........
.....
  • Saya suka dengan blog awak. Comel gitu macam tuannye! HUHU. Pink gituh. I like. Anyway, yang paling penting thanks sebab dah bagi award ni dekat followers awak.

BEELA! Thanks sgt2..



































































Thursday, December 02, 2010

Thank's A Lot



Wah2. Dah pandai ye kau sekarang Alin? ( Heh! ) Nak print screen segala bagai. HAHA. Korang nampak kan apa yang Alin nak tunjuk tu? Ape? Tak nampak? Takpe2. Tak penting pun. Saje je buat hiasan. HEHE. ( Alin? Aku guna nama? Gileee lah. HAHA. ) Mulai sekarang molek lah kot kalau aku bahasakan diri aku Alin. Oke kan? Takde masalahkan?

Actually, Alin nak tujukan ribuan terima kasih kepada friends2 Alin di mukabuku kerana dah banyak memberi semangat yang jitu kepada Alin. HEHE. Dah macam Guru Besar sekolah bercakap dah! Alin rasa terharu sangat bila diorang tanya Alin kenapa? Kenape Alin sedih? So, macam diri ni ada jugak orang yang nak ambik tahu. HUHU.

Maybe itulah kebaikan bila kita ada ramai kawan kat Laman Sosial kita. Bagus jugak kadang2. Dan tak bagus jugak kadang2! HAHA. Anyway, sekarang Alin dah feel better than before because ada someone yang very caring terhadap aku and paham situasi Alin sekarang. Terima kasih banyak2.

Alin akan terus untuk carik jalan penyelesaian bagi masalah ni. Maybe ada, just Alin belum ada usaha nak carik. Al maklumlah tengah malas,tak ada mood la katekan. HAHA. Tapi, Alin akan terus mencuba dan terus mencuba! Oke, sampai sini je. Byby.

So, doakan Alin berjaya dalam mencari penyelesaian bagi masalah
yang Alin
sendiri hadapi ni.


Monday, November 29, 2010

Gatal sangat !

Haih. Hari ini terlampau bosan sampai aku tak tahu nak buat apa. Sumpah! Bosan gile. Aku dah bosan asyik menghadap mukabuku je. So, aku beralih arah kepada My Lovely Blog. Haha. Kesian dekat blog ni. Kalau dia ada perasaan macam manusia maybe dia jealous tengok aku asyik layan mukabuku tak layan Si Dia ni. Ele! Bermanja-manja pulaks :P


Back to the title. Tangan aku ni gatal sangat nak menaip aje kerjanya. So, tadi aku berkesempatan blogwalking sekejap. Walaupun sekejap tapi ia memadai bagi aku. Haha. Aku pun ada baca tutorial nih. Ia memang bagus dan berguna kepada budak mentah macam aku ni nak belajar mengenaai dunia blogger. Huh!

Banyak tutorial yang menarik yang dia bagi dekat situ. I like that! Ia sebagai sumber rujukan aku bila aku tak tahu something. Haha. So, dekat blog aku nih sekarang ada perubahan sedikit. Tak banyak pun. Sikit je. Korang ada mata tengok lah sendiri. Baiklah. Dah hujan dah nih. Takut kilat pulak! Byby.

Saturday, November 27, 2010

Pertama kali :D

Sudah sekian lama aku mendiamkan diri.Hehe. Um. Oleh disebabkan aku ditag oleh kakak kita sorang nih. Maka, aku pun menjawab lah soalan-solan cepumas ini. Ini adalah kali pertama aku membuat benda nih. Tak ada experience langsung. Ngee~.

1. Apa benda penting dalam hidup anda?
  • family
  • kawan-kawan
  • ilmu di dada

2. Benda terakhir anda beli guna duit anda?

  • Beli topup RM 5

3. Di manakah tempat anda akan melangsungkan perkahwinan anda dan apakah temanya

nanti?

  • Modern kot. Haha.
  • Rumah je lah yang senang.

4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?

  • Tak kot. Bawah umur lagi. Hehe :)

5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?

  • No comment.

6. Di mana anda selalu jumpa kekasih anda?

  • Tak ada kekasih. So, tak jumpa lah.

7. Novel/majalah/buku terakhir dibeli?

  • buku latihan sekolah

8. Siapakah nama penuh anda?

  • Noor Hazlin Bt. Abu Bakar. Nama yang simple dan seimbang. Hehe :)

9. Antara mak dan ayah yang mana anda lagi mesra?

  • Dua-dualah.

10. Namakan orang yang anda betul2x nak jumpa dalam hidup anda?

  • Muka yang seiras dengan aku.
  • Of course la kekasih hati. Hehe.
  • My big big family.

11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?

  • If dekat rumah washingmachine yang basuh. If dekat hostel sendiri basuh lah.

12. Di mana tempat betul2x anda nak pergi?

  • Kalau umur panjang, tentulah nak tunaikan haji & umrah di Mekah/ Madinah. Then, teringin nak pergi Disneyland. Huhu.

13. Pilih satu "peluk" atau "cium"?

  • Ish, tak suka lah. No comment.

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag.

  • Kakak sepupu aku yang aku sayang.
  • Antara kakak sepupu aku yang aku rapat. Hehe.
  • Suka tanya tentang diri aku bila lama dah tak jumpa. Huhu.

15. Lima benda yang disayangi dalam hidup anda?

  • Handphone
  • Bantal peluk
  • Gelang pemberian Lea
  • Gambar-gambar kenangan
  • My Diary

16. Lagu yang anda suka dan selalu dengar.

  • Semua suka. Ikut mood jugak lah.

17. Bila tarikh lahir dan di mana korang sambut tahun lepas?

  • Lucky day 12.8. 1996 & sambut di rumah bersama family secara sederhana.

18. Rakan blogger yang anda nak tag?

  • Ala, takde. Masih baru. Rakan blog pun tak ramai. Hehe. :)

Wednesday, September 08, 2010

Ku susun sepuluh jari

Assalamualaikum. Salam Ramadhan dunia. Hari ni dah masuk 29 Ramadhan kita berpuasa. Insyaallah kalau tiada aral melintang lusa kita akan menyambut Hari Raya Puasa. Raya tahun ni prepareration aku sama seperti tahun-tanuh sebelumnya. Tahun ni aku beraya bersama dengan anak buah yang tersayang. Huhu.
Hari ahad yang lepas aku, angah, along, abang amir dan zariff pergi ke shah alam bertujuan untuk membeli belah raya sakan kat sana. Haha. Memang sesak giler. Ramai betul ornag. Lagi-lagi time nak berbuka puasa. Mangsa pertama kami ialah PKNS Shah Alam. Sampi-sampai je parking dah full. Tak tahu nak parking mana. Pusing lagi satu round baru jumpa parking kosong. Tu pun kena cepat. Kalau tak memang tak dapat lah. Haha.
Kedai pertama yang kami masuk ialah kedai kasut. Nak cari kasut aku punya pasal lah. Sekali jumpa jugak yang aku minat. Haha. Tapi kesian kat abang yang jaga kat situ. Nak tahu sebabnya. Sebabnya aku buli dia suruh ambil kasut tuh kat stor sebanyak 3 kali. Sebab saiz 7 tak muat, saiz 8 pun tak muat. So, last sekali size 9 baru muat. Haha. Sori ye Bang! So, kasut aku tahun ni dua pasang. Satu sandel and satu lagi kasut sarung. Huhu.
Selepas tuh, kami menuju ke kedai tudung pula. Sampai dekat kedai tudung, ramai gila orang. Orang kedai tudung tuh pun da penat dah. Haha. Dapatlah juga warna tudung yang dicari selepas beberapa minit. Haha. Selepas itu, kami menyerbu semua kedai yang menjual tudung. Haha. Waktu bebbuka pun dah dekat so decide buka puasa dulu baru sambung cari tudung.
Kali ni aku berbuka di restoran arab kat seksyen 7. Nyummy!! Haha. Lepas tuh solat maghrib di Stesen Minyak Petronas. Sambung lagi cari tudung di Butik Tudung Ariani and satu butik tidubg tuh gak. Aku tak ingat lah apa namanya. Hehe. Okeh.
Di kesempatan ini, sebelum menjelang hari raya aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada salah dan silap, terlanjur kata, terlebih bergurau dan sebaliknya. Semoga selamat pulang ke kampung halaman dan berbahagia di hari yang mulia bersama keluarga yang tercinta.

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN BERHATI-HATI DI JALAN RAYA!"

Saturday, September 04, 2010

Wanna to screaming

Arrrrrrrrrrrrrggggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!
+_-

Sunday, August 29, 2010

saya dan awak

Sedih timbul dengan sendirinya bila time aku tengok video nih. Aku rasa ada yang dah tengok kat Facebook. So aku saja je nak letak kat laman blog aku nih. Kepada sesiapa yang pernah mengalami situasi nih diharap bersabar dan renung-renungkanlah.

Friday, August 27, 2010

Rindu nak tekan keyboard !

Assalamualaikum. Salam malam ramadhan. Pejam celik, pejam celik dah 17 ramadhan dah. Sebenarnya dah lama dah tak update blog kesayangan aku ni. Rindu banget. Disebabkan takde masa tu yang menyebabkan blog aku semakin bersawang malah naik berhabuk. Haha.

Nak cerita pasal birthday aku dah lamea dah lepas. Naik basi dah cerita tuh. Hehe. Anyway, Happy Birthday kepada sesiapa yang birthdaynye bulan Ogos nih. Huhu. Yang bakal meraikannya ialah kakak senior aku iaitu kak Nur Fatin Syazan form 3 yang akan menyambut birthdaynya pada 31 Ogos 2010 selasa nanti. Insyaallah. Kali ni aku cuti tiga hari. Disebabkan hari ini ialah hari Nuzul Al-Quran.

Persiapan raya aku lagi 20% nak siap. Haha. just kasut and tiding je yang belum lagi. Baju raya aku tahun ni tiga pasang. Satu merah, biru and satu lagi hijau. Haha. Happening gituh ! Cuti raya aku dua minggu campur cuti puasa yang seminggu tuh and cuti rayaa yang seminggu tuh gak. Hum. Tahun nih macam-macam plan dah rancang. Hope jadilah nak raya rumah member-member lama dan member-member samses. Haha.

Aku harap raya tahun ni akan lagi meriah daripada tahun-tahun yang lepas. Huhu. Tahun ni aku raya dengan zariff. Wah. Best-best! Yang tak bestnya lepas balik raya dah final exam. Tak syok betul. Start 22.9 sampai 4.1o. Hurm. By the way, semoga anda di luar sana dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna berbanding tahun-tahun yang lepas. Dan jangan main mercun taw! Bahaya. Haha. Salam. Byby.

Sunday, August 01, 2010

sweet 14 !

Hai. Selamat pagi semua. Hari ni baru aku berkesempatan untuk update blog nih. Sebelum nih aku tak sempat sebab terlampau sibuk dengan kerja-kerja aku yang bertangguh. Haha, Poyo je ayat. Hari nih dah 1 Ogos 2010. Wah. Macam tak percaye je. Tak lama lagi Bulan Ramadhan Al-Mubarak tiba. So, kita akan berpuasa dan seterusnya raya. Haha. Tak sabarnya.

Kebetulan pula hari nih adalah hari bersejarah bagi member aku nih Intan Farhana. Intan, hope korang jangan gaduh-gaduh lagi ek. Tabah menghadapi segala dugaan. Hum. Actually aku nak share memory budak-budak form 2 2010 nih. Haha. Aku ada pic yang nak share dengan korang time birthday member aku sorang lagi nih iaitu Farah Liyana.

Malam tuh kitorang dah celebrate birthday dia bersama-sama dengan member-member yang lain. First time in my life tau. Memang aku tak akan lupa lah apa yang terjadi malam tuh. Makan sama-sama, ambik gambar, gelak-gelak and posing maut. Hum. Memang besh lah malam tuh.
Inilah kami ber-5.

Nih pun part yang aku paling suka.





Part nih yang aku paling suka.






Macam-macam posing ada.


Smile always =_=



Intan dengan birthday girl.



Dari kiri mimi, una. ada, dekma.


Happy selalu.....



Aku and una.( kacau aku tengah study)



Dari kiri mira, raihan, fara( birhtday girl), aina dan mimi.





Bergambar bersama-sama dengan dak form2 yang lain.




Kenangan nih aku tak akan lupa buat selama-lamanya. Memang best time nih. Part-part yang best bila ambik gambar sama-sama. Makan kek sama-sama and yang paling malangnya kitorang kena cop dengan kek pastu main kejar-kejar satu kelas, Happening gile lah. Okeh. Sampai disini saja. Byby.









Saturday, July 17, 2010

sweet memory bersama guru practical
















Salam dunia.
Malam ni baru aku berkesempatan untuk mengupdate blog aku ini. Sekian lama aku tak cuci blog aku ni dengan entry2 yang agak best. Dan malam ini adalah masanya untuk aku kembali menceriakan blog aku. Okeh. Kembali kepada topik kita.
Sebenarnya aku nak share la memory kami bersama-sama dengan guru practical yang kami memang rapat. Bak kata orang " Bagai isi dengan kuku". Macam tulah kami diibaratkan. Haha. Poyo jer ayat. Okeh. Ustazah berkenaan ialah Ustazah NorHayani dan Ustazah Norishahida.
Ustazah nih praktikel kejap aje. Baru sebulan. Pastuh diorang dah takde dah. Sedih la gak. Baru je nak mesra2 gituh. Huhu. Ustazah Norishahida rapat dengan budak2 kelas 2 Bijak. Yang kitorang lak rapat dengan Ustazah Norhayani. Mereka nih mengajar subjek Arab komunikasi dan Pendidikan Agama Islam.
Memang best belajar dengan ustazah nih. Rasa rindu pulak. Kebetulan Ustazah Norhayani nih kenal dengan kakak aku. Satu 'u' dulu time kat Kelantan. Haha. Dunia ni kecik je. Mane2 je jumpe. Haha. Okeh lah tak tahu nak cite ape lagi. So aku show picture jelah eh. Hope korang enjoy. Mari lihat.











Dari kiri Afinie, Farah Nadia, Ustazah Nori dan Atien.










Kenangan bersama Ustazah Yanie



Budak perempuan


Usatazah Norhayani dan Ustazah Norishahida

Thursday, June 17, 2010

Sori mori Ieyra :(


Ieyra yang selalu happy :)



Haaii.

Kali ni punye entry ditujukan khas buat my bestie Ieyra. Aku kesian sangat dekat die sebab die nak lepak dengan aku tapi aku tak free. Sebab busy punye pasal sampai aku takde mase untuk die. Sian kau. Maaf ye. Lain kali kita lepak same2 dengan member2 yang lain ya. HUHU. Nak diceritakan dah lame juga lah aku tidak ketemu sama dia. HAHA. Dah 2 bulan jugak lah. HAHA. Lame tak? Lame lah tuh. Rindu dia hari2. Aceceh. Time aku tak busy die busy, time aku busy die tak busy. Hum. Ini jela. Cukuplah.


Baibai :) .

Sunday, June 13, 2010

Drama,Novel dan Lagu

Assalamualaikum.
Malam ni aku nak merepek sikit. Hehe. Aku nak merepek pasal Drama dan Novel. Hah. Oke ta? Haha. Sejak aku menjadi remaja ni tak tahu lah kenape aku semakin jiwang dan mempunyai feeling yang agak mendalam pasal Cintan Cintun nih. Hihi. Betol doh. Oke,dulu aku mane layan sangat lagu lagu jiwang macam Salam Sejahtera, Mahligai Dari Air Mata dan dulu mana ade aku layan novel nih. Yang aku layan just buku cerita fiksyen biasa tu aje. Serious aku tak layan bende nih dulu! Tengok drama sedih pun buat buat tak faham je tengok. Senang kate takde perasaan. Hah.
Tapi sekarang. Ma'ai. Tak boleh dengar, jumpe and tengok semua tuh. Dah gian dah. Haha. Kalau drama sekarang yang aku masih feeling and terasa sampai menusuk kalbu, ape lagi kalau bukan Nur Kasih. Woo. Aku memang minat gile lah cite tuh. Dahlah ade Remy Ishak. Haha. Memang aku feeling gile lah tengok cite tuh. Nak nangis tau kadang kadang tuh. Hihi. Walaupun dah tengok berulang ulang kali tapi aku tetap nak tengok. Setahu aku, aku dah tengok dah tiga kali dah. Haha. Sukenye! :)
One more, novel. Ni pun lagi satu gian aku yang tak boleh tahan. Haha. Tahun ni aku dah bace novel sebanyak tiga kali. First novel yang aku bace Seribu Kali Sayang. Lepas tuh, Manisnya Cinta. Then, Aku Kekasihmu. Semua novel yang aku sebut tadi memang best giler. Terutama Aku kekasihmu. Memang sweet lah jalan cerita dia. Semua novel tuh daripada Alaf 21. Haha. Aku hari tuh pergi dekat Jusco masuk jer Book Store tuh aku terus aim novel yang melambak tuh. Aku just bace je sinopsis dekat belakang novel tuh. Nak beli, tapi takpelah. Next time ya! Haha. Memang best lah novel terbaru tuh. Tak ingat lah ape title novel tuh. Hum.
Lagi satu lagu jiwang. Perggh. Aku sekarang dah hafal dah lirik lagu jiwang tuh. Haha. Aku pun tak tahulah aku terikut siapa. Haha. Memang selalu layan lah semenjak meningkat remaja nih. Huhu. Nak dikatekan satu form tuh, semua dah layan lagu jiwang jiwang nih walaupun diorang dulu anti-jiwang. Haha. Padan muke kene dekat batang hidung sendiri! Haha.
Betul jugak kata Ustazah Baizura tuh. Remaja baru nak naik. Sebab tuh macam nih. Haha.
Oke. Itu saja. BaiBai. :)

Saturday, June 12, 2010

Cerita Bola.

Salam dunia.
Memang betul malam ni memang sejuk gile gaban tahap cipan lah. Haha. Ayat kau memang tak boleh bla la alin. Huhu. Sekarang nih memang semua orang terutama lelaki memang tengah demam bola. Almaklumlah World Cup lah katakan. Semua bola. Makan bola, tidur bola, mandi bola. Silap silap haribulan bini pun jadi bola jugak. Haha.
Malam ni world cup Nigeria vs Argentina. Dua dua negara tuh aku tak minat. Aku pun tak tahu ape aku minat sebenarnya. Kalau kelab of course i minat Manchester United. Walaupun group nih dah kureng up tapi aku tetap support dari belakang. Haha. Tapi kebanyakan kawan aku fan kepada Chelsea. Terutama kawan aku sorang nih. Fara. Minat gile dengan Chelsea. Dan lagi satu kawan lelaki aku yang meminati Chelsea nih. Mahathir.
Memang addicted gile la. Yang aku ni takdelah sampai taksub sangat. Just minat macam tuh jelah. Family aku yang addicted bola nih sape lagi kalau bukan my big brother. Haha. Kidding ye semua. Hihi. Dia kalau balik rumah je mesti asyik tengok bola je. Kitorang dah memang tak ada chance lah nak tengok cerita lain. Haha. Dah nama pun lelaki. Huhu.
Okela. Aku nak pergi pekene sate dulu.
Lapar tahap cipan dah nih. Hehe :)
Jumpe di lain entry. Bai.

Friday, June 11, 2010

die lagi?

Hai.

Hari ni awal-awal pagi lagi aku dah online. Haha. Sebelum online perkara utama akan aku buat adalah sidai kain, cuci muka and gosok gigi . Lepas tu,bukak lappy and online sepuas-puasnya. Haha. Dalam setengah jam online perut rase lapar. Ape lagi? Breakfast la. Aku nampak ade roti je atas meja tuh. So aku bakar je la roti tuh ngan planta. Hum. Nyam nyam.

Ni dah lari daripada title dah ni. Hehe. Ingat lagi tak entry aku dulu pasal sorang hambe Allah ni? Ala,yang tak tahu ym tuh ape. Haha. Jahatnye kau alin! Ceritanya begini. Tiap kali aku balik hostel je mesti tak malam sabtu or ahad mesti dia (hamba Allah) ni miss called aku. Tak pun mesti die hantar mesej kat aku. Demi aku, aku pun mengelak daripada berSMS dengan dia. Haha.

Terlupa pula! Ade satu hari tuh dia mintak nombor aku. Dia memaksa aku. So, aku pun bagi sajela. Haha. Yang peliknya kalau aku tak balik hostel tuh takde pulak miss called dari dia. Tapi bila aku balik hostel je mesti ade miss called or mesej dari dia. Macam tahu tahu je time tuh aku balik rumah. Huh! Dahlah alin cukup cukupla kutuk orang. Haha.

Fullstops.
Kite sambung di lain entry yerp. Bai.=)

Thursday, June 10, 2010

start folio beb!

Selamat pagi semua. Hari ni aku decide untuk memulakan folio aku yang menimbun tuh hari ni. Dah malas nak tengok die menimbun macam tuh. So,mulai petang ni aku akan menyebukkan diri untuk menyiapkannya. Ade dua folio yang perlu aku siapkan dalam masa due minggu nih. After this school holidays, cikgu nak semua siap dan lengkap.

Hmm
Aku harap dapatlah menyiapkannya dengan sempurana. Kawan-kawam aku yang lain semua dah semangat nak buat folio nih. Folio aku kali ni agak susah bcoz aku kene cari tokoh yang ade kat area tempat tinggal aku nih. Sape eh? Aku buat kakak aku jew. Ape? Ingat kakak aku nih bukan tokoh ke? Don't play play hah. Nak difikirkan balik kakak aku ni ade jugak sumbangan yang diberikan kepada penduduk setempat. So,ape salahnye aku buat kakak aku sendiri. Haha. Tak payah susah nak carik jauh jauh. Hihi. Oke. Ini saja untuk hari ni. Kalau ade mase lagi aku akan story lagi eh.

Tuesday, June 08, 2010

no topics!

tangan sape nih?????

hai kamoo.hari ni aku dah habiskan whole my time with my blog.adalah gak sedikit differentnye.sebenarnya gambar yang di atas tiada kaitan dengan topik kali ni.saje je.name topik entry pun no topics!haha.oke.untuk pengetahuan semua aku dah deactivate-kan dah account facebook aku.disebabkan aku dah banyak dengar melalui member-member aku tentang facebook yang sebenarnya.

so aku decide deactivate-kan account aku tuh.lagi selamat kot.haha.so sekarang nak sembang dengan aku just di myspace,yahoo-massenger and this blog only!selamat tinggal facebook.dah setahun jugak kite bertemu akhirnya kita berpisah.huhu.ayat tak-leh blah.hari ni je macam-macam dah berubah kat blog aku.hope korang puas hati la ye.kalau ade apa-apa yang kurang just tell me at c-box.nanti aku akan adjust balik oke!.

Monday, June 07, 2010

zariff dulu & sekarang

hello dunia cyber.hari ni dah masuk hari yang ke-3 kita bercuti.so aku berasa amatlah bohsan sampaikan mak telefon pon aku tak dengar sebab tidor.haha.entry kali ni mengenai anak buah kesayangan aku.mase dulu aku letak gambar die yang baru lahir.tapi sekarang aku akan tunjukkan dekat korang gambar dia dah berusia tujuh bulan.mesti ade different mengenai dia.memang ade pon.sekarang dia dah pandai merangkak dan tak lame lagi duduklah tuh.sekarang dia dah boleh mam bubur dah.tapi mama dia tak bagi bubur sebarangan.mama dia bagi bubur yang dikisar bersama carrot yang dikisar,epal yang dikisar dengan kacang pees yang dikisar juga.almaklumlah budak takde gigi lagi memang macam tuh.haha.




trylah tgk pipi dia dah tembam!


dia dah mula merangkak nak main kejar-kejar

sekarang ni pon dia dah pandai bergaya.pakai topi dah ala-ala rappers dah.haha.walau macam mane pon dia berpakaian zariff tetap comey.dia pon dah faham dan mulai ade feeling yang dia dapat rasa.itulah muhammad zariff hakimi sekarang.kalau dulu just tahu nak susu mama aje.sekarang dah pandai main dengan usu,cik ngah dan cik emi.hehe.semoga zariff cepat besar tinggi macam galah like u'r father and dapat jadi seorang anak mama and abah yang berguna.Amin.selain tu,dapat-lah menghiburkan hati nenek serta atok.


Sunday, June 06, 2010

friendship annivessary 2010

hai world.hari ni baru aku balik rumah aku yang sebenarnya.dah dua hari aku berkampung kat sungai tengi.aku tido kat rumah nenek jiha.bukan aku berkampung sorang je tapi bertemankan una dan mimi.tujuan aku dan geng2 aku ke sana adalah untuk mensuprisekan syira kat rumahnya.

first,petang balik asrama.aku,una,mimi,fara,ainie and jiha tunggu bas dekat pondok bas.sepatutnya kitorang turun pukul 1.00.tapi memandangkan aku,jiha and una nak solat so kitorang decide untuk turun pukul 1.30.kitorang pikir maybe ade bas kot.so,lepas dah solat and siap2 semua tu.kitorang turun.kak shida and kak timah pun ade time tu.kitorang terkejut bila kak shida kate bas baru je bla tadi.aih,panas je hati ni.

kitorang pun cool jela kat situ.maybe kejap lagi ada lah bas yang lain.tunggu punye menunggu bas tak sampai2 lagi.aku dah nak pengsan dah kat situ.fara dah mengamuk dah.una suruh kitorang tunggu bas luar.tapi aku tak nak sebab jauh.jam dah menunjukkan pukul 2.00.mimi dah cakap dah yang kejap lagi budak laki balik dari masjid.

hum.tunggu punya menunggu bas tak jugak sampai.aku pun naik bengang!budak laki dah ramai yang dah balik dah ni.kitorang buat muka tembok je kat situ.lepas tu ainie try call bapak die kat public.sementara menunggu die pergi call aku dengan yang lain terus menunggu.sekali aku pun dah pikir masak2 untuk ambil bas luar.maybe ade bas lagi yang belum sampai.

time aku and una nak pergi menyeberang jalan ke sebelah sana,tiba2 ainie datang dan mengatakan sekejap lagi bapak die sampai.okelah aku pun terus menunggu.lama lah jugak tunggu,bapak die sampai and bawak sekali kitorang sampai tanjung malim.sampai tanjung kitorang berpecah untuk beli barang masing2.

kitorang balik dalam 5.30.sampai rumah nenek jiha dalm pukul 7.15.lambat becoz ramai sangat orang nasib baik aku dapat duduk.balik je terus berehat and terus mandi and solat maghrib.lepas tu,rehat2 sekejap and makan malam.lepas makan malam kitorang naik untuk melepak-lepak.bez la gak.semua main mesej.wah!

esok plan baik punye!bangun and mandi untuk pergi rumah syira.trip pertama aku,una and jiha.jiha yang bawak motor.perghh.bez giler naik motor.laju siot.laju gile gaban la tahap cipan.haha.trip kedua bawak mimi bersama kek yang dibeli semalam.

kek annivessary kami



lepas tu kami buat kejutan kat syira.syira tekejut giler la.kitorang dah tergelak-gelak dah kat situ.masuk rumah syira salam mak dia,adik-adik dia.lepas tu aku and una keluar untuk ambil kek kat motor.lepas tu bawak masuk dalam.syira terkejut giler gaban lah!haha.sebelum potong kek kitorang ambik gambar dulu.



aku(kiri).una(tgh).mimi.(hjg)

syira(kiri).una(tgh).mimi(hjg)


selang beberapa jam kemudian di rumah syira kami pun balik.sebelum balik adalah wajib bagi kami untuk mengambil beberapa gambar sebagai kenangan.harap segala yang berlaku pada hari tu menjadi memory yang sangat bermakna buat semua yang terlibat.Insya-ALLAH.



syira and una



syira and aku


syira and mimi


syira(kiri).mimi(sebelah kiri).una(sebelah kanan).aku(kanan)

last sekali,kitorang balik naik motor dan esoknya aku and yang lain bertolak pulang ke rumah masing2.terima kasih kat jiha sebab dah bagi kami tumpang rumah kau.dan terima kasih jugak kat nenek dan atok jiha.perkampungan sementara kat sungai tengi memang menyeronokkan!!!

Thursday, May 27, 2010

aku kembali lagi

hye blog.dah sekian lama aku tak update blog ni.sian dekat dia.sori ya.bukan
tanda aku tak cinta cuma masa yang memisahkan kita.rasa rindu dekat rumahku
syurgaku dah kesampaian apabila aku pulang hari ini.skemanye ayat.lagipun cuti
wesak ni pun terlampau busy untuk aku study for the exam.
this week adalah exam week.memang struggle habis lah.sampai tengah malam sambung subuh nanti untuk meng-hafal.dahlah banyak.aduh.yang penting arab,tafsir-hadis,tauhid-feqah and math dah selesai.tinggal fakta-fakta and karangan.dua minggu exam.lepas exam cuti sekolah dua minggu.
lepas tu,kne siapkan folio sejarah.hantar lepas cuti.aduyai.penat gile gaban lah.kena cari maklumat lagi.homework lagi.memang bulan lima ni bulan yang amat busy dengan pelbagai kerja.lagipun aku ni setiusaha khidmat masyarakat.kenalah buat kertas kerja,minit mesyuarat dan laporan-laporan perjumpaan.just menanti kebenaran cikgu saje.harap dapat!

Sunday, May 02, 2010

tue dah kau!

norfaizah binti juarni(PEJOT)

entry kali ni pasal birthday lagi.agaknya musim birthday orang kot.hoh.kali ni birthday member aku pulak.detik bersejarah bagi beliau 3.5.2010.aku tak ada apa-apa present nak bagi kat kau.so aku juz wish je.hope ko dapat menerimanya dengan gembira.


best wishing from alin:-


:] happy befday my frenz


:] may allah bless u always and everywhere


:] smile always


:] remember me


:] panjang umo dan murah rezeki



aku harap kau akan terus tabah dalam menghadapi dugaan hidup dan sentiasa bersabar walauapapun berlaku.aku akan sentiasa doakan kau supaya kekal dengan insan yang kau sayang "idham".



nota sampingan:sorila aku curi-curi gambar kau kat facebook.jgn mara eh aku jual gambar kau kat blog aku.hoho.