Thursday, February 28, 2019

Aktiviti Beriadah UUM - Berkayak

Dah masuk tahun kedua belajar dekat UUM ni tapi still tak pernah lagi try segala mak nenek game yang dah disediakan untuk para mahasiswa dan mahasiswi. Bertuah kan aku? Wakakaka. Dekat dalam UUM ni banyak sebenarnya aktiviti yang kau boleh buat. Sama ada kau rajin dengan malas je. Aku? Dah tentu lah malas. Kerja nya asyik pergi kelas, balik kelas, makan, tidur haha tu jelah. Tu yang dok mengembang macam pau ni. So, antara game yang kau boleh main dalam UUM ni go-kart (belum try lagi), kayak, golf, jungle tracking, hiking, tengok burung unta, naik kuda, dan segala aktiviti dalam sports centre tu lah. Besar sangat tak sempat nak try semua haha alasan je padahal 😁

So, selasa lepas aku dengan Zira, Anim dengan Bed pergi lah try berkayak dekat tasik belakang inasis sime darby. Masuk percuma ye adik-adik. Cuma kena kad matrik je pastu ha kayak la engko puas-puas. Waktu kitorang datang tu, ngam-ngam lepas asar. Dia punya panas tu tak payah cerita lah, macam pukul doblas tengah hari. Waktu ni memang satu Malaysia dilanda cuaca panas yang melampau ye adik-adik. So, masa turn kitorang, orang tak ramai lagi. So boleh la berkayak selama mana yang engko nak πŸ˜† dah siap pakai safety jacket dah ambik kayu mendayung (aku tibai je, aku tak tahu nama dia apa πŸ˜€) then kena pilih kayak mana yang kau nak. So kitorang choose kayak yang stabil dan besar sikit. Sebab abang tu kata, yang lagi satu jenis tu cepat masuk air. Tapi senang nak handle. Ahh aku fikir, aku dengan zira ni dah la beso, so decide ambek yang stabil dan besar lah hahahaha. 

Huru-hara nak handle kayak. Sorang kiri sorang kanan. Haa ghasakkk 


Masa ni baru start, ha debo member kayak berlanggar dengan kayak orang lain. Reaction muka tu yang penting wakaka πŸ˜›

Muka ada sinyum sebab dah pandai handle sikit kayak tu. Sikit la tapi kuikuikui

Besarkan tasik UUM? Ha naik lenguh kami mendayung sampai hujung tasik πŸ˜„


Thank you korang ajak aku pegi main kayak. Kalau idak sampai habis belajo tak pergi-pergi πŸ˜†

So that's all cerita pasal kayak di UUM. Kalau aku ada try lagi game-game best dekat UUM ni, aku share okay. Yang penting apaaaa?? UUM IS THE BEST! Gituhhh semangat nokk πŸ˜€
Byeeeee. 

Friday, February 15, 2019

Demi Tuhan Aku Ikhlas - Armada ft Ifan Seventeen

Baru dua hari lepas lagu ni diupload di Youtube. Tapi hari ni viewers dah mencecah tiga juta lebih. Aku lah yang termasuk dalam tiga juta lebih tu. Dah masuk doploh dua kali dah aku dok mengulang lagu ni. Sedih weh 😒 serious sedih. Siapa yang mendalami maksud lagu ni memang akan feel lebih. Silap-silap boleh menitis air mata dalam tak sedar weh. 

Lagu ni kiranya tribute untuk ahli-ahli kumpulan Seventeen yang terkorban dalam Tsunami Banten Disember yang lepas. Dalam ramai-ramai ahli dalam kumpulan tu, Ifan (vokalis) sorang je yang terselamat dari bencana tsunami tu. Turut terkorban isteri Ifan, Dylan Sahara. Siapa yang tak sedih bila sahabat-sahabat baik, sama-sama berkarya, sama-sama menghiburkan orang lain tiba-tiba pergi serentak tinggal kau sorang je. Tambah pulak, kehilangan isteri tercinta. Tempat untuk mengadu, bermanja, berkasih dah tiada kat sisi kita buat selama-lamanya. 

Kalau aku dekat tempat Ifan, tak tahu aku boleh kuat atau tak. Sememangnya tak kuat nak jalani hidup bila orang-orang yang kita sayang dan rapat takde lagi sebelah kita untuk selama-lamanya. Aku mengikuti jugak account instagram Ifan selepas bencana tsunami tu berlaku sampai lah sekarang. Memang ambek masa jugak lah untuk Ifan nak melupakan apa yang terjadi. Melupakan terus tu tidak lah, tapi melupakan untuk kita meneruskan kehidupan kat dunia ni. 

Memang tiap kali aku tengok posting Ifan, tiap kali dia buat insta story pasal dia rindu isteri dia, sahabat-sahabat dia memang menyentuh gilaa jiwa aku. Memang terus terdetik perasaan sedih bila kita bayangkan diri kita kat tempat Ifan. Tapi, kawan-kawan dan orang sekeliling Ifan sangat-sangat membantu Ifan untuk terus bangkit selepas kejadian bencana tu. Betul la orang kata, kita akan dipengaruhi oleh orang sekeliling kita. Bila orang sekeliling kita positif, maka kita pun akan positif jugak. 



Demi Tuhan Aku Ikhlas - Armada ft. Ifan Seventeen 

Demi Tuhan
Sungguh berat aku lalui
Tanpa kamu bersama denganmu
Sungguh sulit ku menolak
Untuk tak mengingat lagi 
Semua kenangan yang kita lalui
Bersama....

Dan aku disini
Patah hati tak bisa terima
Kepergianmu dan semua kenyataan ini
Tapi aku tak bisa
Hidup begini terus
Kan ku jalani hidup tanpa kamu

Demi Tuhan
Sungguh-sungguh sangat berarti
Mengingatmu...Semua tentangmu
Sungguh sulit ku menolak 
Untuk tak mengingat lagi 
Semua kenangan yang kita lalui
Bersama...

Dan aku disini patah hati
Tak bisa terima
Kepergianmu
Dan semua kenyataan ini
Tapi aku tak bisa hidup begini terus
Kan ku jalani
Hidup tanpa kamu

Dan aku disini patah hati
Tak bisa terima
Kepergianmu
Dan semua kenyataan ini

Aku disini patah hati
Tak bisa terima
Kepergianmu
Dan semua kenyataan ini

Tapi aku tak bisa hidup begini terus
Kan ku putuskan
Engkau...
Engkau...
Ku ikhlaskan

Demi Tuhan...

Lirik dia betul-betul bagi makna yang mendalam bagi aku. Memang dah jadi lagu favourite aku sekarang. Dan daripada lagu ni, daripada cerita disebalik lagu ni sendiri aku dapat belajar yang hidup kita ni misteri. Bila-bila masa je kita boleh tinggalkan. Bila-bila masa je kita boleh pergi. Bila-bila je Allah boleh tarik nyawa kita. Jadi, selagi kita hidup ni banyak lah berbuat baik pada orang lain. Even orang tu buat jahat dekat kita, kita buat baik je dengan dia. Biar bila kita takde suatu hari nanti, orang akan ingat segala kebaikan kita yang kita pernah bagi kat dunia ni. At least, diorang dapat doakan yang baik-baikk untuk kita nanti. 

Personally, aku akan cuba berbuat baik dekat semua orang especially dengan orang-orang sekeliling aku, mak ayah aku, adik-beradik aku, sedara-mara aku, sahabat-sahabat aku dan semua orang. Aku akan cuba. Inshaa Allah. Hargai orang sekeliling kita selagi diorang masih ada dengan kita. Jangan bila dah takde nanti, kita baru nak menyesal. Nak menangis beria nak meraung tak tentu pasal pun dah takde guna. Aku cakap ni pun untuk diri aku jugak. Kadang-kadang leka lalai sampai lupa nak hargai orang yang ada depan mata kita. 

Aku sayang orang-orang sekeliling aku. Suatu hari nanti, bila aku dah takde lagi dekat dunia ini, aku harap korang dapat doakan yang baik-baik dekat aku. Hmmm sedih la pulak entri kali ni 😒 takpelah, jadikan ni sebagai peringatan untuk kita semua hokayy. Aku rasa sampai sini je kot, takut terlebih emosi pulak nanti. Bye πŸ‘‹


Monday, February 11, 2019

Girls Trip - Ipoh Day 3

Last day dekat Ipoh. Kemain sakan sampai tiga hari engko pegi Ipoh. Haha. Last day kan so rasanya semua tempat dah pergi. Pagi tu terus check-out and pergi breakfast dekat medan selera area jam besar bandaraya Ipoh. Ramai orang siot. Padahal waktu kerja kot. Ape diorang ni tak masuk office ke dok melepak pi breakfast lagi. Apooo lah.

Selesai breakfast pergi dekat area Concubine Lane. Nak tengok macam mana rupa Concubine Lane. Rupanya banyak souvenir dekat lorong ni. Kedai untuk ambek gambar pastu ada orang jual-jual makanan cina. Tapi kitorang tak try pun sebab dah kenyang. Pastuh pegi Plan B sebab nak ambek gambo je. Padahal kat situ restoran western. Tapi kitorang datang just nak bergambar je. Tempat dia cantik weh 😍






Area Plan B dengan Concubine Lane tu ade jugak satu lagi tempat antik yang boleh bergambar. Dekat Ipoh Town Time Tunnel. Dekat sini korang boleh jumpa barang-barang antik yang sekarang tak jumpa dekat mana-mana. Memang childhood memory sangat lah masuk situ. Kamera lama zaman pakai kodak kena cuci pi kedai, duit-duit kertas dan syiling lama. CD and DVD lama pun ada. Pastu reka bentuk dapur zaman-zaman dulu, saloon rambut, mesin jahit lama, kedai kopi zaman dulu pun ada. Memang menggamit memori betul lah bila tengok barang-barang tu semua.







Penat bergambar, ape lagi carik something yang boleh basahkan tekak la. Hokkaiddo Ice Cream Puff. Sebab kitoang pergi hari sebelum tu, tapi tutup. So hari ni dapat beli. Kitorang order sorang satu lain-lain flavour. Bagi aku, sedap la. Tapi puff die tu agak keras sikit. Ice cream okay sebab aku memang pilih apa yang aku suka kot πŸ˜€



Pergi Kelly's Castle ambil masa dalam setengah jam jugak dari pekan Ipoh. Sebab Kelly's Castle dekat Batu Gajah. So masa kitorang sampai tu memang betul-betul tengah hari. Matahari terpacak atas kepala ye sis. Boleh migraine rasanya. Kitorang pakai payung masuk dalam sebab terlampau panas.






Maka tamatlah percutian tiga hari dua malam kitorang dekat Ipoh. Baguslah first trip kewangan sangat dijaga dan betul betul save budget. So, ke mana pulak kita lepas ni? Okay, kumpul duit dulu baru boleh fikir nak pegi mana πŸ˜† 

Girls Trip - Ipoh Day 2

Hari kedua dekat Ipoh. Pagi tu kitorang pi breakfast dekat the most famous place dekat Ipoh iaitu New Hollywood. Very recommended sebab macam-macam makanan ada untuk breakfast. Pastu kalau kau lewat sikit je sampai memang susah nak dapat meja. Nasib baik masa kitorang sampai tu memang ada meja kosong so kitorang terus order makanan. Memang rasa nak try semua sebab nampak sedap. Haha. Biasalah asal nampak makanan je tamak, asal tamak je nampak makanan. Haha.

Semua yang kat atas tu sedap bagi aku. Memang aku la kaki habiskan πŸ˜‹

Tengah-tengah makan boleh pulak terserempak dengan member lama kitorang. Dia study dekt UTP Ipoh. Kebetulan dapat jumpa kat situh. Kalau tak, memang payah nak jumpa. Haha. 

Tinggi bebeno la Si Farid ni. Haha.



Next destination kitorang pergi Gunung Lang. About 25 minutes dari New Hollywood nak ke Gunung Lang. Sampai je kena beli tiket. Tapi aku tak tahu berapa ringgit sorang sebab Ira yang pergi uruskan. Haha. Naik bot sekejap pastu sampai. Dekat situ takde apa sangat pun. Just nak carik port bergambar je lebih. Ada mini zoo, ada la bape ketui haiwan kat situ. Pastuh rumah-rumah lama dalam tiga bijik. Itu jee.





Apooooo???

Lepas tuh, kitorang try pergi Cultural Village. Sebelum korang nak pegi kat tempat tu, korang kena beli tiket dulu kat tempat lain. Tempat tiket tu dekat kedai perabot. Memang merata lah kitorang carik tak jumpa-jumpa. Pastu waze pulak bawak kitorang lalu belakang rumah orang. Haha. Gila apa lah waze ni. Agak-agak ah πŸ˜† 

Basically, Cultural Village ni adalah tempat masyarakat Cina. So, dekat sini diorang ada tunjukkan barang-barang antik yang pernah digunakan sewaktu ketika dulu. Menarik la jugak pastu tempat dia tenang je dengar bunyik-bunyik burung pastu nyaman je. Cakap pun bergema hahaha. 


 Tempat ni kena mendaki tau. Tinggi la jugak. 


Berlengaih aih muka masing-masing. 

Penat berjalan, perut pun dah lapar. Tapi perut aku waktu tu takde la lapar gila-gila. Mana taknya aku yang menghabiskan breakfast tadi kan. So, kitorangg waze pegi Nasi Ganja yang orang cakap sedap sangat tuh. Kita try tengok macam mana pigi diaaa. 

Haha. Kena kencing. Rasa dia biasa biasa je. Takde la sedap gila rasa nak meninggal. Aduuuu apelah. 

Dalam kereta dok bebel yang rasa dia biasa je. Tapi harga murah lah. Not bad. Sesuai la untuk save budget trip kitorang ni. Haha. Lepas pekena nasi ganja ni terus balik hotel rehat kejap sebab penat berjalan mendaki bukit segala bagai tadi. 

Petan kitorang try Taufu Fa yang diorang kata sedap tu. Kedai dia biasa-biasa je. Kitorag just order dua mangkuk je. Rasa dia manis. Manis tahap hampir potong kaki. Okay lah not bad biasa biasa je. 

Harga dia aku tak ingat la bape hinggit. Dalam RM3 kot semangkuk. 

Okay tak cukup dengan taufu fa so kitorang try makan dekat dimsum yang very recommended katanya kat Ipoh ni. Tak bape nak ingat ape yang kitorang order tapi kitorang just order apa yang best seller dekat situ jelah. 


Sebab aku minat gila dengan dimsum. So aku rasa okay okay jela dia punya rasa. Not bad. 

Malam kitorang just lepak dekat bilik je makan cikedis, eksrem, meggi cup sambil layan drama kat tv. Haha. Seronok weh. Bukan selalu dapat macam ni. Just chill dalam bilik je sebab rasa esok nya nak gerak balik dah. Lagipun penat seharian berjalan kan. So this is penutup hari kedua kitorang πŸ˜›



Girls Trip - Ipoh Day 1

Still tak start kelas lagi. So ada masa nak update trip pi Ipoh itu hari. So basically this one adalah first trip aku dengan kengkawan sekolah rendah aku. Gituhh. Bertahun-tahun dah plan, tapi baru tahun ni menjadi. Syukur. Takde lah angan-angan kosong je kan. Tak gituh? πŸ˜‰

Kenapa pilih Ipoh, banyak lagi kot tempat-tempat yang best selain dari Ipoh. Ipoh bukan ada apa pun. Okay, actually guys the reason why kitorang pilih Ipoh adalah Ipoh is the nearest place dengan tempat kitorang. So, takdelah parents kitorang tak bagi kan. Sebab dekat je dengan Selangor. Kiranya Ipoh ni just sesi percubaan lah. Haha. Ikutkan hati nak je terus pergi Kelantan, Terengganu semua tu. Tapi, kitorang dah budget cost and also hati mak pak kitorang. So, kitorang pilih Ipoh sebagai destinasi pertama kitorang pergi bersama. 

Kitorang gerak takde lah lewat sangat. Dalam pukul 10 lebih macam tu so sampai dekat hotel dalam pukul 1. Sebab waktu check-in pukul 2 camtuh. Kitorang rasa macam awal lagi, so kitorang decide pi jalan-jalan bandar ipoh dulu. Survey dulu apa yang patut. Waktu kitorang pergi ni ya ampun panas ya amat ye dikk. Panas yang boleh terbako tanpa sebab la katekan. Haha. Dah sampai bandar Ipoh tu, kitorang try pekena "Laksa Saranghae" dekat area pekan Ipoh tu. Bagi aku, rasa laksa dia biasa-biasa je. Sedap lagi mak aku buat haha πŸ˜† cumanya telur bersarang tu je yang menjadi kelainan kat situ. 

Haa kitorang memang mengamalkan konsep berkongsi. So order dua mangkuk je 😁

Pastuh, dah kekenyangan dengan cuaca panas tak boleh bawak bincang. So check-in hotel and rehat secukupnya. Malam kitorang makan dekat 21 Grilled. Kedai dia berkonsepkan burger pizza ye guys. Ada beef dengan chicken. Of course kitorang order beef. Memandangkan birthday Ira semalam, so kitorang celebrate birthday dia sekali malam tu. Rasa burger dia sedap tau. Juicy pastu garing gila testure luar dia tu. Memang kenyang dan puas hati. Harga pun not bad sangat sangat recommended πŸ‘


Satu buger tu cukup untuk empat orang makan. Fries pun sedap. Haha. 


Paling kecik tapi tua dulu πŸ˜‚

Based on apa yang orang review, kalau datang Ipoh kena datang night market dia. Night market dia macam uptown je. Macam-macam la orang jual. Night market tu dekat tengah-tengah pekan Ipoh tu. Masa kitorang pergi tu macam awal lagi, so nampak tak berapa meriah sangat. Kitorang pun just jalan and tengok-tengok gitu je. Takde la nak membeli sangat. 




Next, kitorang nak chill-chill je malam tu. Nak carik port lepak sebab baru first day kan. So, kitorang pergi Bulatan Amanjaya dekat dengan MEPS tu. Dekat situ macam datarn putrajaya tu ada orang naik basikal empat roda, naik skuter, budak-budak main kereta control ape semua lah. Kitorang pun try naik basikal yang ada empat seat tu. Naik reramai 15 minit keliling dataran tuh. Gigih kayuh sambil gelak. Haha. 

Abang yang jaga basikal ni boleh pulak suruh kitorang pusing lagi satu bulatan tu. Padahal dah empat kali pusing dah tu pun semput nak ngayuh. Haha. 

Filter hape yang diorang pilih ni. Haha layankan jelah. 

So, balik terus rehat tidur sebab esoknya nak sambung jalan lagi. Habis la hari pertama dekat Ipoh. Hari kedua aku sambung next entry. Tulis panjang-panjang bukan korang nak baca pun. Haha.