Friday, October 05, 2018

Cameron Highlands -Family Trip

Biasalah baru ada mood rajin nak update pasal trip dua bulan lepas. Okay trip kali ni demi merialisasikan impiah abah. Katanya dah lama tak naik Cameron Highlands, so Along pun survey la hotel ape semua. So, kitorang pun pergi la pada 31 Ogos iaitu Hari Kemerdekaan di mana rakyat jelata ni semua pakat pi bercuti. Trip kali ni family abang dan Abang Atif je tak dapat pergi. Kitorang dua kete, yakni aku lah yang jadi Mak Supir nya. 

Gerak dari rumah kononnya nak gerak lepas subuh. Biasa lah janji melayu, pukul 10 jugak lah gerak dari rumah. Masuk highway Tg Malim, sebab Along kata nanti exit Simpang Pulai je sebab jalan situ elok sikit. So aku pun follow jelah. Masuk je highway first tenang je tak banyak sangat kereta, sekali lama lama kereta slow sampai la mana entah aku lupa terus tak bergerak langsung. Rupanya tengah repair jalan. Abg Amer pulak kat belakang dapat berita jalan kat depan jammed terus dia exit guna jalan lama ciss. Pastu aku keluar ikut exit mana entah guna jalan lama jugak pastuh teruskan perjalanan. Singgah makan kejap kat bawah sebelum naik. 

Lepas makan, dah start naik atas dengan jalan macam ular. First time aku drive pergi Cameron ni. Sumpah mencabar hahaha. Abang Amer dah pro dia tinggalkan la aku dekat belakang. Belum sempat sampai Tanah Rata hujan lebat dan jalan jammed. Jalan jammed tak gerak terus weh. Serious. Penat jugak lah asyik main brake je nak nak pulak waktu naik bukit pehh. Dalam pukul 3 lebih jugak la baru sampai hotel dan check in. 

Ni sebelum sampai Tanah Rata. Hujan dan jammed kematu bontot berejam dalam kereta. 

Malam, masing masing dah lapar nak carik nasi sebab sampai je tadi masing-masing melantak meggi haha. Dekat area hotel kitorang tu takde banyak sangat pilihan nak makan. So kitorang makan dekat Teh Tarik Place. Order nasi goreng tak kena tekak. Lepas makan bawak budak-budak pergi main funfair dekat area hotel. Sebab nya nak bagi anak masing-masing kepenatan lalu naik bilik terus tidur haha. Tidur malam tak payah pasang aircond guys sebab sejuk gila nak jejak lantai pun sejuk. 

Keesokan paginya, awal awal pagi nak pi tengok ladang teh. Dekat je dengan hotel kitorang tapi kena bawak kereta la sebab nak naik bukit lagi kan. Nak naik ke ladang teh ni pun mencabar jugak sebab jalan sempit satu hal pastu satu hala je dah kena beratur panjang kalau ada kereta dari laluan belah sana nak lalu. Kalau berselisih dengan bas lagi seram. Dalam 20 minit jugak la baru sampai ladang teh sebab nak cari parking lagi. 


Dah sampai atas nak breakfast, kena beratur panjang lagi sebab nak order makana. Ye guys, dekat Cameron tak sah kalau tak beratur ye. Di mana mana beratur panjang. Nak carik kerusi meja pun susah jugak sebab ada pesen orang yang dah habis makan tapi tak reti reti nak bangun bagi orang lain duduk. Lepas breakfast, pergi beli teh dan sebagainya lah terutama mak mak tu lah. Aku dekat luar jaga anak buah aku ni je. Pastu pegi tengok kilang teh. Kilang dia kita boleh tengok macam sekali lalu je nak pegang pun tak boleh. So macam tak best sangat lah. Lepas tu, baru turun tengok ladang teh dan macam biasa ambil gambar di celahan pokok teh is a must hahaha. 

Ni yang aku kata tadi, nak breakfast kena beratur panjang.









Biasa lah guys gambar tak jadi. Gambar daun kering diambilnya -.-









On the way nak balik sempat singgah Cameron Lavender je sebab dah tak sanggup dah nak hadap jammed kalau nak pergi ladang strawberry semua tu. So mana yang sempat jelah kitorang pergi memandangkan bawak orang tua so kesian dekat diorang penat berjalan naik bukit dan duduk lama-lama dalam kereta. So lepas dari pergi tengok lavender, kitorang terus gerak turun. On the way nak turun tu hujan turun dengan lebatnya dan still ramai lagi yang baru nak naik dan jammed sepanjang kitorang nak turun. Berhenti sekejap singgah makan dan solat dan teruskan perjalanan pulang. Masa balik kitorang lalu jalan lama dan hujan lebat jugak. Pastuh bila Maghrib singgah makan roti naan dan capati di Capati Corner (lupa la dekat mana tapi tepi jalan je dari jauh korang boleh nampak)




Tak sure lah sedap sangat or lapar sangat tapi masing-masing order lagi capati dan roti naan. Tapi rasa dia memang sedap dengan kuah yang pelbagai jenis. Tak sempat nak snap semua sebab semua ngap masuk dalam mulut dengan pantasnya haha. 


P/S: Jangan lah pergi Cameron waktu public holiday sumpah korang akan menyesal sebab habis masa dekat dalam kereta je. Aku serik =.=

Thursday, April 12, 2018

Jadi Kuat


Kadang-kadang dia boleh jadi seorang yang sangat kuat tanpa memerlukan tangan dan terlalu berharap pada orang. Tapi, disebalik "kuat" yang ditanggung itu menyimpan seribu satu perasaan yang tiada siapa pun tahu melainkan pencipta-Nya. Dan, dia juga boleh jadi terlalu lemah selemahnya-lemahnya di saat dia tidak dapat lagi menanggung segala beban dan derita yang dialaminya. Sekadar berharap dan meluahkan segala apa yang terbuku di hati kepada-Nya. Semoga Tuhan berikan kekuatan yang berpanjangan pada dia, dan dia mampu menjadi seorang wanita yang kuat untuk dirinya.