Thursday, December 30, 2010

Tutup buku lama , buka buku baru .

Assalamualaikum .
Salam 1 Malaysia .


Esok kita semua nak sambut tahun baru 2011 . Wah3 . Happening-nye . Sekejap je masa berlalu . Pejam celik , pejam celik dah nak masuk tahun baru . Rasa macam mimpi pulak ! Bagi aku tahun 2010 ni , memang terlampau banyak dugaan , cabaran dan kegembiraan yang berlaku . Memang semuanye indah dan manis2 belaka .


Apa yang dah berlaku sepanjang tahun membuatkan kita lebih matang dalam menjalani kehidupan seharian . Yelah . Walaupun , aku ni masih 14 tahun kenal dunia . Tapi , dah banyak dah yang aku lalui . Mungkin , lebih banyak cabaran , dugaan dan keindahan yang akan berlaku pada masa hadapan . Tu semua kita tak tahu . Kita hanya mampu merancang , ALLAH yang akan menentukan segalanya .


Perhubungan persahabatan di antara kawan-kawan aku semua mengajar aku untuk lebih ikhlas , jujur dan setia dalam perhubungan . Aku memang sayang giler2 dekat semua kawan yang aku pernah kenal dan ada . Even kadang2 ada perasaan bengang terhadap diorang tapi hati ni still lagi sayang dekat diorang semua . Tu semua memang tak boleh lari punye dalam perhubungan persahabatan . Korang pun mesti pernah alami kan ?


Family aku pulak sentiasa happy , bahagia and sibuk dengan hal masing2 . Anak buah aku yang comel tu pun sekarang dah besar . Setahun tiga bulan . Banyak cakap pulak budak kecik tu sekarang ! Geram aku tengok dia . Eiy . " Kang usu gigit baru tau ! "
Huahaha ^.^ Usu sayang giler2 dekat Zariff tau . Tahun ni , aku memang jarang giler jumpa dia sebab dia dah pindah rumah sendiri dan aku pulak duduk hostel and jarang balik . Bila dekat hostel , asyik rindu dia je . Ngee ~ ^^,


Result aku tahun ni oky la kot berbanding time aku form one dulu . Ada peningkatan even tak banyak sekali pun . But , still memuaskan oky . Ranking dalam kelas pun baik2 je . But , aku perlu lebih fokus dengan subjek2 yang aku down giler macam Math , Science and Geo . Aku perlu leboh utamakan tiga subjek ni . Yang lain pun aku akan fokus jugak . Tahun 2011 ni , aku kene struggle lebih sebab aku nak menjalani peperiksaan besar PMR . Candy PMR la katakan ^_^


Anyway , doakan yang the best untuk aku tahun depan oky . Doakan aku supaya aku dapat 9'A dalam PMR'11 . Insaya-ALLAH . AMIN . Aku pulak , kene kuat kan lagi usaha dan berdoa . Moga2 apa yang di azam kan pada tahun baru ni menjadi kenyataan . AMIN ~


Besok , tahun baru ! So , aku nak ucapkan " SELAMAT TINGGAL 2010 " yang banyak kenangan manis dan pahit ni and " SELAMAT DATANG 2011 " yang bakal mewarnai serba-serbi hari2 aku .



HAPPY NEW YEAR MALAYSIA ! ^^,

Wednesday, December 29, 2010

kasi gegar punye !

Piala AFF Suzuki
Persoalan ?
Siapakah yang bakal merangkul Piala AFF Suzuki malam ini ?
Segalanya akan terjawab pada malam ini di Stadium Gelora Bung Karno .
Acewah ! Poyo teramat sangat sampai ayat pun dah macam pengulas sukan lah .
Semua orang tahu malam ni semua rakyat Malaysia akan menyaksikan perlawanan bola
sepak antara pasukan MALAYSIA dan juga pasukan negara jiran iaitu INDONESIA .
Tak sabar2 semua nak tengok . Apa2 pun semoga berjaya pasukan HARIMAU MALAYA .
Aku yakin korang semua boleh
buat punye !
Malaysia Boleh !
Yeah :D NGAUUUUMMMM !!!!!

Wednesday, December 15, 2010

Kisah Akhir Tahun bersama mereka

Mereka? Siapa mereka? Adalah. Haha. Gurau je. Um. Actually si mereka ini adalh sang suria di hatiku. Haha. Sang suria? Siapa pulak tu? Haha. Mereka ialah my best buddy forever. Huhu. Best buddy pulak? Haha. Banyak betul. Cube terus terang saje. Haha. (dalam hati dah nyanyi lagu radja terus terang)


Mereka dalah insan yang digelar teman di hati ini. Mereka adalah antara insan yang aku sayang dan antara yang aku hormat. Haha. Hormat sebagai kawan lah. Anyway, teman-teman aku itu terdiri daripada 8 orang, iaitu fathin Insyirah, Nurul Husna, Farah Liyana, Farah Nadiah, Mimi Nadhirah, Intan Farhana, Norikma Farahin, seterusnya diri ini ( Noor Hazlin).


Tapi, diantara seorang itu dah pindah dah. Dia baru je pindah tahun lepas. Sedih jugak la kan. Tapi nak buat macam maa kan? Kitorang baru kenal dia baru setahun. Dia memang seorang yang pandai, lemah-lembut, sopan-santun dan yang paling penting sporting ok. Haha. Walaupun kitorang berpisah dan terpaksa berjauhan tapi kiotrang masih lagi berhubung melalui SMS, Facebook or kalau ada masa datang je rumah dia. Kasi terjah sama dia .....!!!! Haha.



Manakala, yang lain ni masih lagi di bumi SAMSES ni. Haha. So, kitorang tetap meneruskan kehidupan yang panjang ini. Semua teman-teman ni baru aku kenal tahun lepas. Masa oreintasi asrama. Huhu. So, maknanya kitorang baru je kenal dalam dua tahum macam tu. Banyak dah kitorang tempuh. Suke, duke, gembira, kecewe, haha. Semua share same-same. Diorang lah tempat aku mengadu, marah, merajuk, mahupun lapar. Haha. Standardlah kan duduk hostel. Haha.


Kitorang ni boleh dikatakan paling kepoh diantara form 2. Haha. Kitorang memang kuat gelak. Pastu nangis. Haha. Dah agak dah. Huhu. Selalu buat bising dekat kelas lah. Macam-macam lah. Tapi takde lah jahat sangat. Huhu. Belajar masih dalam kawalan ok. Hihi ^_^


Tapi, yelah. Kalau gaduh-gaduh tu biase la kan dalam hubungan persahabatan. So, kadang-kadang adelah jugak kitorang ni gaduh.Tapi, lepas tu kitorang baik balik. Sedih sangat bila gaduh. tak sampai hati rasenye. Betul tak? Haha. Korang pernah rase? Mesti pernah kan? Huhu T_T

Ok, tanpa membuang masa jom ikut aku check it out gambar jap :


Di malam jamuan asrama................



dekma and aku





intan and fara





Huhu. Kenangan di mesin gedegang (!)




Una and aku




Sweet~




Huhu. Sehati sejiwa (:




Nak lagi tak? Jum ushar lagi........


kisah di sekolah......................




Happy sokmo :D




Eceh ( ! )





Terbaik ( ! )





Smart and gempak.



Lepak-king :P





Yeah. :)




Sayang giler dekat korang semua. hope kita akan jadi best friends forever ok. Thanks di atas segala-galanya. Maaf kalau ade buat salah diantara sedar atau pun tak. Ok. Good luck untuk PMR'11. Do the best! We can do it. Haha.

Friday, December 10, 2010

Award from Kak Yana




Okay. Sorry sesangat Kak Yana sebab Alin buat entry ni agak lewat sedikit. Okay. Walau apa-apa pun terima kasih bebanyak dekat Kak Yana sebab dah bagi award ni dekat saya. HUHU (:
Sebelum tu, kena jawab soalan dulu :




1. Kenapa blog anda PINK?

=> Sebab dulu saya benci dan sekarang saya suka.

2. Ucapan untuk pemberi award.

=> Terima kasih banyak2 sebab dah bagi award. HUHU.

3. Pendapat tentang Blog Yana?

=> Menarik tertarik kau memang debooommmm!!!

4. 3 benda yang selau berada di sisi?

=> Selalu ek? Um.. Handphone, buku and pendrive.

5. 3 benda yang anda benci?

=> Katak and so on lah.

6. Tag kan sekurang-kurangnya 3 orang blogger berBlog Pink.

=> Saya baik, so siapa yang nak silalah ambil! :)






Wednesday, December 08, 2010

Setahun bersama



Hari ini dah setahun kita bersama kan sayang? Rasa macam sekejap je. Macam baru bertemu semalam. HAHA. Ayatmu memang tak boleh bla tau. HUHU (:


Sumpah! Aku sayang gila dekat blog ni walaupun banyak dugaan dan rintangan yang aku perlu hadapi. Tapi, kau tetap ada dalam hati aku ni dan aku sayang kau sangat2. HUHU :D Dan aku masih ingat lagi saat-saat susah payah tuh. YA ALLAH, hanya tuhan je yang tahu. Tapi, sekarang kau dah setahun. So, maknanya kau dah semakin matang dan dewasa. HUHU :) Aku gembira sangat sebab dapat jaga kau sampai kau berumur setahun. Yuhhhuuu!!


Happy Birthday My Sweetheart! I love u so much dear ;)

Tuesday, December 07, 2010

Lembaran baru

Salam maal hijrah kepada seluruh muslimin dan muslimat seluruh dunia. Bermulalah lembaru baru bagi seluruh umat islam di dunia ini. Moga kita dapat memenuhi lembaran baru ini dengan penuh ketaqwaan, keimanan dan keikhlasan. Apa yang berlaku sebelum ini, mungkin kita akan jadi kan ia sebuah pengajaran dan iktibar bagi kita. Oleh itu, bersama-samalah kita memperbaiki kelemahan diri kita sendiri. Semua manusia tidak sempurna malahan sering melakukan pelbagai kesilapan diantara sedar atau pun tidak. Oleh itu, di atas kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf di atas kesilapan yang saya lakukan sepanjang tahun ini. Semoga, bersama-samalh kita memperolehi Rahmat dan Hidayah daripada-Nya. Amin.

Award untuk aku

HEHE :) Award lagi lah. Sukanya! ( Jangan nak lebih-lebih! ) HEHE :D Award datangnya dari Kak Fizza. Thank's kak!


Yeah! Ini dia award nya. Berat! Susah aku nak bawak mai sini. HUHU :)

Soalan :

1. Berikan satu nicnkname untuk pemberi award dan tag.

Fizza. HEHE :D

2. Ucapan untuk pemberi award.

Terima kasih bebanyak. Sayang akak! HUHU :)

3. List 6 of you fav. Band/Group/Artist

Lisa Surihani, Remy Ishak, Ungu, Sixth-Sense, Scha Al-Yahya dan Erien Malik

4. Give this award to ten bloggers that have cute blog.

- Ida Fisa
- Laila Mahfol
- Anis Amira
- Amira Razlan
- Yang lain tu rase2 blog dia cute silalah ambik award ni ek? Dah blank dah otak nak pikir. HEHE :D

Monday, December 06, 2010

Tag sekali lagi from Cik Ida Fisa

Tag ini didatangnya oleh kakak sepupuku sayang. HAHA :) Terima kasih bebanyak dekat Cik Ida Fisa ye. Alin akan jawab dengan penuh kasih-sayang. HIHI (:

1. Adakah anda rasa anda hot?

Tak. Sebab aku tengah sejuk nih. HEHE (:

2. Update wallpaper yang anda guna sekarang?



3. Cerita pasal gambar ini.

Teringin nak terbang. Tapi tak tahu bila. Anyway, gambar ni membuat aku sentiasa nak pergi ke luar negara. Yes! :D

4. Kali terakhir makan pizza?

Sabtu yang lepas dengan My Sister and Zariff.

5. Lagu terakhir anda dengar?

Back to december by Taylor Swift.

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?

Dengar lagu dan online facebook.

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

Malulah nak state dekat sini. Biarlah rahsia! HUHU :)

8. Tag 5 orang.

- Amirah Razlan
- Fizza
- Fatin
- Merah itu jambu
- Anis Amira

9. Siapa orang no 1 dengan anda?

Followers aku.

10. Katakan sesuatu kepada orang ke 5.

Jawab tau tag saya ni. HUHU :)

11. No 3 ada hubungan dengan siapa?

I don't know.

12. Bagaimana pula dengan no 2?

Also don't know! Sorry. ):

13. Kata-kata cinta kepada orang no 4

HEHE :)

14. Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag.

Aku memang memerlukan mereka! Enough. :D





P/S : Thank's a lot Kak. Tak putus-putus akak nak tag Alin. HUHU (:








Tag from Cik Ida Fisa

Wow! Kali ini aku di-tag sekali lagi oleh Cik Ida Fisa kita ini. HAHA. Baiklah. Oleh itu, aku perlulah menjawab soalan-soalan yang ditag ini.

Rule :


once you have been tagged,
you are supposed to write a note with 25 random,
things, facts or goal about you.
at the end, choose 25 people to be tagged.
you have to tagged the person who tagged you.
if i tag you, its because i want to know more about you (:



- Nama aku Noor Hazlin. Kalau nak pendek, Alin cukup. Kalau nak panjang Noor Hazlin Binti Abu Bakar. Rasanya tak payah nak cakap banyak kot. Semua dah tahu kan? Kan? Kan? HAHA :D


- Seorang yang sering melakukan kesilapan sama ada dengan family, kawan atau sebaliknya.


- Ada orang kata, yang aku ni pelik? Ye ke? Maybe kot. KAdang-kadang.


- Tak suka angkat panggilan, tapi suka send message aje dekat diorang. HUHU :)


- Candidate PMR'11. HUHU. Cuak rasanya cerita pasal PMR ni.


- Penggemar nasi goreng pattaya dan air laici. Nyam-nyam!


- Aku ni "hangat-hangat tahi ayam" sikit. HAHA :D


- Fobia dengan katak. Err. Geli!


- Suka tengok bulan mengam bang sebab banyak kenangan dengan bulan penuh tu. Terutama dengan kawan-kawan aku di sekolah.


- Mahukan laptop sendiri! Insya-ALLAH. Tunggu aku masuk U.


- Suka mengahafal sebab aku sekolah agama. So, banyak lah subjek-subjek yang aku kena hafal.


- Sampai sekarang masih lemah mata pelajaran Sains & Matematik. Susah nak score. Tak tahu kenapa? Terutama bila dah naik sekolah menengah ni. Ngee~


- Aku selalu fikir tentang masa depan aku yang akan datang. Macam mana eh? Huhu.


- Aku memang simple kalau bab-bab fesyen ni. Tak nak nampak terlampau over. HAHA :) Kadang-kadang je make-up. Tu pun kalau perlu.


- Masa sekolah, aku memang comot. Malu! Budak lagi. Mana tahu nak bergaya-gaya ni. HAHA (:


- Suka main hujan. Tapi bila dah demam, tak mahu makan ubat. Sampai dipaksa-paksa! HUHU (:


- Nak bawak kereta. Tapi, aku ni budak bawah umur. So, lambat lagi lah nampaknya kau nak berlesen Alin!


- Sayang diri-sendiri, family, kawan-kawan dan orang di sekeliling aku.


- Memang selau duduk termenung dan berangan-angan! Tapi, bukan ala-ala Mat Jenin ye!


- Gemar akan warna ungu, putih dan oren.


- Time sekolah rendah dulu, aku tak lah popular sangat. So, tak ramai cikgu-cikgu sekolah tu kenal aku. Mana yang aku rapat maybe diorang kenal. HIHI :D


- Aku ni open minded.


- Peminat setia Remy Ishak dan Lisa Surihani.




25 bloggers yang kena tag


- Senang cerita, sesiapa yang singgah dekat sini, sila ambil tag ni dan jawab. Sekian. Terima kasih. Terutama, kepada Cik Ida Fisa kita. Oke? ASSALAMUALAIKUM.



Sunday, December 05, 2010

My Second Award

Award yang kedua yang aku terima dari Anis Amira. Thank's a lot dear :)
Soalannya:
1. Awak. Siapa awak?
^_^ Ou. Saya hanya seorang hamba ALLAh yang tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan.
2. Awak suka blog Anis?
^_^ Tentulah saya suka blog die sebab tu lah saya follow die. HUHU :D
3. Dua perkara yang menarik yang ada dekat blog Anis?
^_^ Of course lah die punya header yang kiut miut tuh and background die yang sweet2 gituh. HAHA :)
4. Selalu terjah dekat blog Anis?
^_^ Haiyo! Kena tahu ke? HEHE :D Um. Nanti saya cuba ingatkan balik eh?
5. Anis ni peramah? Baik hati? Sombong? Pelik?
^_^ Peramah kot. Baik hati lah jugak. Sombong? Tak kot. Pelik? Semestinya tidak! :)

Yes! Dream come true..

Ya Allah! Alhamdulillah. Akhirnya aku dapat menghasilkan sebuah header untuk blog aku yang tercinta ini. Oh! Gembira sangat. HEHE. ( Overdose lak minah ni). HAHA :D. Anyway, tiba-tiba ada tergerak hati nak buat. So, Aku buat lah. HAHA. Thanks kepada sesiapa yang buat toturial pasal cara nak buat header transparent ni. Yahhha!!Walaupun tak lah seberapa comel or cantik tapi bagi aku, aku puas! HAHA. Terimalah header yang di edit sendiri oleh tuan blog ini. Oke! Sampai sini sahaja. Assalamualaikum.

Friday, December 03, 2010

First Award!


Em. Molek lah kita mulakan dengan ucapan Assalamualaikum. HUHU. Oke! Alin ambik award nih and answer soalan yang dibagi. Here, soalannya.


- Berikan ucapan slogan untuk blog dia tidak melebihi 20 patah perkataan.

.....................................................
..........................................
...............................
.......................
...........
.....
  • Saya suka dengan blog awak. Comel gitu macam tuannye! HUHU. Pink gituh. I like. Anyway, yang paling penting thanks sebab dah bagi award ni dekat followers awak.

BEELA! Thanks sgt2..



































































Thursday, December 02, 2010

Thank's A Lot



Wah2. Dah pandai ye kau sekarang Alin? ( Heh! ) Nak print screen segala bagai. HAHA. Korang nampak kan apa yang Alin nak tunjuk tu? Ape? Tak nampak? Takpe2. Tak penting pun. Saje je buat hiasan. HEHE. ( Alin? Aku guna nama? Gileee lah. HAHA. ) Mulai sekarang molek lah kot kalau aku bahasakan diri aku Alin. Oke kan? Takde masalahkan?

Actually, Alin nak tujukan ribuan terima kasih kepada friends2 Alin di mukabuku kerana dah banyak memberi semangat yang jitu kepada Alin. HEHE. Dah macam Guru Besar sekolah bercakap dah! Alin rasa terharu sangat bila diorang tanya Alin kenapa? Kenape Alin sedih? So, macam diri ni ada jugak orang yang nak ambik tahu. HUHU.

Maybe itulah kebaikan bila kita ada ramai kawan kat Laman Sosial kita. Bagus jugak kadang2. Dan tak bagus jugak kadang2! HAHA. Anyway, sekarang Alin dah feel better than before because ada someone yang very caring terhadap aku and paham situasi Alin sekarang. Terima kasih banyak2.

Alin akan terus untuk carik jalan penyelesaian bagi masalah ni. Maybe ada, just Alin belum ada usaha nak carik. Al maklumlah tengah malas,tak ada mood la katekan. HAHA. Tapi, Alin akan terus mencuba dan terus mencuba! Oke, sampai sini je. Byby.

So, doakan Alin berjaya dalam mencari penyelesaian bagi masalah
yang Alin
sendiri hadapi ni.