Saturday, May 18, 2019

Che Ta Corner Kangar, Perlis & Birthday Zira

Semalam first time aku pergi Kangar nak makan shellout. Restoran ni member kepada member aku yang recommend sebab dia kata sedap. Siap dia simpan menu kedai ni woiiii. Bukan biashe biashe haha. Since ni bulan puasa so aku booking dulu meja dengan order sebab takde la nanti kelam kabut nak berbuka. Kedai ni bulan puasa buka dari pukul 3 petang - 11 malam setiap hari. So apa yang aku order semalam set shellout big (free 3 nasi) RM35. Dia ada set shellout biasa, portion untuk sorang makan harga RM15. 

Dekat sini bukan setakat ada shellout je, dia ada jugak menu lain macam ikan bakar, ikan sweet sour haa ikut suka korang la nakbagi rasa apa dekat ikan tu. Pastu dia ada jugak set sup tulang, set siakap, set kepah, set temenung  dengan set bawal. Kalau korang nak add on makanan lain boleh je. Macam kerang rebus, kerang percik, sotong goreng tepung dengan cendawan goreng. Harga untuk set-set yang aku cakap tadi bawah RM20 je. 

Menu air dia pun best-best jugak. Ada ice blended, air float, cocktail, ABC, Banana Split, jus buah, laicikang dengan ais milo kepal. So dekat sini banyak options korang boleh pilih ikut tekak korang. Selain tu, diorang ada jugak menu ala carte. 


So ni apa yang aku order semalam. 
Big Shellout (free 3 nasi) - RM35

Pastu kitorang add-on:
Sotong goreng tepung - RM10
Kerang rebus - RM10

Air kitorang order: 
Jus Epal, Jus Oren dengan Jus Tembikai. Semua jenis jus RM5

Pada mulanya aku just order set shellout tu je. Tapi bila dah sampai, aku nengok macam tak cukup je since nafsu makan kitorang ni nafsu kuda so kitorang decide nak add-on makanan lain. Wakakaka. Kitorang order tu lagi berapa minit je lagi nak berbuka. Nasib baik sempat siap sebelum berbuka. 

Overall, kuah shellout dia not bad, sedap, ada manis cukup rasa la. Just bagi aku, portion dia sikit la. Kalau dia tambah portion tu maybe lagi layaannn la aku makan semalam. Sotong goreng tepung dia sedap, rangup, cukup rasa dan yang paling penting sotong goreng tepung dia tak macam cekodok ye guys. Aku suka yang dia salut tu ada lubang kat tengah so dapat la rasa keenakan sotong dengan tepung rangup tu. Sotong tu pun kalau tambah lagi sikit portion tu kira puas hati lah. Kerang pulak sedap, tapi dia punya kerang kecik-kecik. Haha tapi okay rasa dia. Puas hati. 

Cumanya satu je aku nak tambah dekat sini, kalau dia tambah sikit portion dia mesti lagi puas dan seiring dengan harga. Rasa dah ada, sedap just kena tambah portion. Servis pun okay, cepat dan mesra. Kedai bersih dan selesa. Location pun senang nak carik since restoran Che Ta Corner ni betul-betul tepi Balai Polis Kangar. Aku boleh rate Che Ta Corner 7/10. So sesiapa datang Kangar, tak tahu nak makan mana, korang boleh datang Che Ta Corner rasa shellout dia. Waze je Che Ta Corner confirm jumpa 👌

Lepas je balik berbuka semalam, alang-alang dah keluar so kitorang pun beli la sepotong kek untuk birthday girl sorang ni. Birthday dia hari ni. So terimalah sepotong kek dari kami ni. Hekhekhek. 



Selamat Hari Jadi Hazirah Izzati 😙 Semoga sentiasa dilindungi Allah di mana jua kau berada, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kebahagiann didunia dan akhirat. Aku sayang kau walau macam mana sekalipun. Gituhhh 💓



Boleh pulak lepas dah suprise dia, dia kata cenggini "laaaa kalau aku tahu, aku suruh korang beli sebijik indulgence". Hahahahahahampesss betul. 

Sunday, May 05, 2019

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum semua.... 

Boleh dikatakan ini adalah tahun ke berapa kali entah di perantauan tanpa keluarga di sisi. Dari sejak diploma sampai degree berjauhan dengan family bila masuk first Ramadhan. Sedih sebenarnya 😞 Perantauan tu takde la jauh mana sampai ke oversea. Kedah je pun. Haha. Kedah je pun? Kedah okayy, Kedah bukan sebarang Kedah, Kedah ni jauh ceruk hujung Malaysia tau haha. 

Teringat dulu masa kecik-kecik bila mula nak belajar berpuasa. Dapat puasa separuh hari tu dah kira kejayaan paling besar dah. Even masa tu lagi berapa jam lagi nak berbuka tapi syaitan mana entah yang merasuk nak suruh berbuka awal jugak. Syaitan kan kena ikat, okay la nafsu aku sebenarnya. Tapi tu dulu la, waktu kecik-kecik. Masih tak tahu lagi. Tapi sikit-sikit belajar so dapat la berpuasa penuh satu bulan. 

Dulu waktu sekolah menengah pun, aku selalu jugak tak bangun sahur. First sekali, malas. Pastu kedua jadi tak selera sebab takde masakan mak. Haha mengada engko. Biasa lah. Tapi dulu tahan kalau tak sahur pun, tapi sejak-sejak menginjak usia tua ni, tak larat pulak kalau tak sahur. Faktor umur mungkin. Tapi, betul lah bangun sahur ada pahala nya jugak. So, untuk dapatkan pahala tu, bangun lah sahur. Benda mudah, jangan disulit-sulitkan. So, apa azam Ramadhan korang tahun ni? Apa yang tak dapat buat Ramadhan tahun lepas, dan korang nak teruskan Ramadhan tahun ni? 

Jadi, Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia dan semoga Ramadhan kali ni kita semua diberi keberkatan, kerahmatan dan pada yang sama segala amal ibadah kita terus diterima oleh Allah SWT. Lagi satu, minum air masak banyak-banyak okay adik kakak. Jaga kesihatan dan senyum selalu 💖