Assalamualaikum :) kabare ? Haha .
Alhamdulillah , hari ni bakal berakhirnya bulan Syaaban . Pada masa yang sama kita semua umat Islam seluruh dunia akan menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak pada 1 Ramadhan 1433H . Bersyukur sangat pada Allah kerana dapat lah aku kali ini menyambut Ramadhan sekali lagi bersama keluarga yang tercinta . Aku sangat-sangat berharap agar puasa tahun ini lebih bermakna berbanding daripada tahun yang lepas . InsyaAllah , kita semua akan menunaikan solat terawih yang pertama pada malam ini .
Aku rasa cukup teruja dan tak sabar nak berpuasa pada tahun ini . Jangan jadikan bulan puasa ni sebagai alasan untuk kita tak berbuat apa-apa . Penuhilah detik-detik Ramadhan kali ini dengan sentiasa menghambakan diri pada Yang Maha Esa . Mudah-mudahan puasa kali ini memberi penuh penghayatan dan keberkatan dalam diri masing-masing , InsyaAllah :)
Lastly , jangan lupa bangun sahur dan jangan berlebih-lebihan sewaktu berbuka . Sayang kamu semua ! Wassalam kawan :D

