Saturday, November 30, 2019

Terharu orang ingat nama kita

Aku ni bukan seorang yang banyak kawan tau. Dari kecik sampai ke besor gajah ni circle kawan aku still orang yang sama. Boleh dikira asyik-asyik keluar dengan orang yang sama je dari dulu sampai sekarang, hapeee kau takde kawan lain ke haa. Ye, memang aku takde kawan yang lain. Even kawan sekolah rendah aku pun empat ketul tu jelah yang selalu aku keluar sekali, buat gila sesame. 

Sampai sekolah menengah, aku masih lagi takde circle kawan yang ramai. Masih lagi mengekalkan konsep tak lebih dari lima orang dalam kelompok tu tapi dengan orang yang berbeza dan sorang orang yang sama. And sampai sekarang still keep in touch and menggila sesame. Dan salah seorang nya pun dah jadi tunang orang. Member dah nak kahwin dah nokkk. Aku masih lagi kanak-kanak ribena. 

Tapi alhamdulillah, moment yang aku paling rindu bila berkawan adalah masa diploma dulu. Tak tahu kenapa, aku tak rasa yang diorang tu kawan tapi aku dah anggap tu macam family aku waktu diploma dulu. Even la ada gaduh-gaduh manja, masam-masam muka, boikot kejap even satu rumah sewa tapi still relationship tu rasa macam family sampai sekarang. Cumanya waktu diploma aku tak mengamalkan konsep tak lebih dari lima orang la bila berkawan. Masa tu, housemate aku je dah sepuluh orang. Haa mana tak macam satu family nya ramai cenggitu. Pastu hari-hari hadap muka yang sama even pergi kelas pun hadap muka yang sama jugak. Tapi serious, aku rindu sangat all the moments masa diploma dulu. 

Tapi berbeza masa zaman degree ni. Dekat UUM aku tak ramai kawan weh. Bukan tak ramai, tapi memang takde kawan. Alih-alih orang yang sama aku hadap tiap hari. Entah member tu dah muak kot tengok muka kentang aku ni. Hmmm. Tulah, aku rasa macam down sikit dekat sini sebab aku takde kawan yang ramai macam diploma dulu, masa sekolah. Dekat sini aku banyak belajar independent, semua benda kena buat sendiri. Dekat sini la kau dapat merasa duduk makan sorang-sorang. Kalau diploma dulu, tak rasa weh makan sorang sorang. Mesti makan sekali sepuluh orang. Tulah bezanya. Tapi takpelah bagus jugak ada small circle macam ni, so takde lah aku pening kepala dengan macam macam karenag orang. 

Bila dekat sini aku tak ramai kawan tapi ada kenalan yang aku kenal waktu sem 1 dulu time orientasi. So ada lah beberapa orang yang aku kenal and sampai sekarang still bertegur even susah sangat nak terserempak. So tadi aku tengah jalan sorang-sorang balik dari Kachi Mart, tetiba ada sorang ni panggil nama aku dari jauh. Aku mula macam tak cam sape pulak yang panggil aku ni. Ke aku salah dengar, sebab biasanya macam tu hahaha perasan ada orang panggil. Sekali betul ada orang panggil nama aku. 

J: Alinnnnnnnnnnnnnnnn

A: ..........(terpinga-pinga) haaaaaaaa wehhhhhhh. Tak cam weh dah lama tak jumpaaaa. 

J: Ingat nama aku lagi tak? 

A: Ingattttt laa nama kau J.......

J: Ingatkan dah tak ingat dah. 

A: Ingatttt. Dah makan ke?

J: Haaa dahhh. 

A: Okay okayyyy. byeee weh. 

J: Bye...

Perbualan terhenti dekat situ sebab dia dah masuk blok dia dah. Tapi tadi aku rasa macam nak menangis sebab orang boleh ingat nama aku and muka aku even dah lama tak jumpa. Siap boleh tanya aku ingat nama dia ke tak. Eh come on, so far aku memang orang yang selalu ingat nama dan muka orang lain, even orang tu tak ingat nama and muka aku. Malah siap cakap kita ni pernah kenal ke. Eh eh dia ni kangg. Sumpah terharu lain macam aku tadi. Mungkin bagi orang lain, benda tu biasa je. Apehal sampai nak nangis bagai. Tapi bagi aku benda tu still luar biasa sebab aku jarang dapat peluang macam tu. Sendu betul hidup seorang alinhazlin hahahahah. Kesahhhhhhh. Okayyy tu sajeeee. Jumpa lagi. 





Thursday, July 25, 2019

Gathering "M" & July Babies

Eh lagi sebulan je nak habis cuti semester. Cepat nau la masa berlalu, pejam celik pejam celik badan makin mengembang. Eh? Haha ye aku lah penternak lemak yang berjaya sekarang ni. Al maklumlah cuti kan, segala makanan dekat rumah ni kau nak bedal. Pastu menyesal konon nak exercise nak start diet tapi pastu esok ulang balik makan macam piranha πŸ˜† mula la Cik Jai (mak aku) kata aku ni dah gemuk duduk rumah. Allahu.

Sesi menternak lemak tidak aku biar berseorangan. So, time cuti ni lah nak gather gather dengan kengkawan kan. Lama nok tak jumpa memasing busy pastu ada je masa yang tak free. Kalau jumpa pun mesti lopong lopong tak cukup semua. Jumaat lepas 19 Julai, birthday kawan aku sorang ni, Meng aka Farah Liyana. Aku dengan kawan aku sorang lagi ni, Husna memang dah plan nak celebrate birthday Si Meng tahun ni. Memandangkan faktor kesihatan Meng yang tak berapa baik since awal tahun hari tu, so kitorang decide dengan tiga orang lagi kawan kitorang untuk jayakan misi suprisekan Si Meng ni. Aku memang dah whatsapp mak Si Meng ni tiga hari sebelum hari kejadian sebab takut takut time tu diorang keluar ke takde kat rumah or ada appointment hospital. Deal dengan Cik Hasni (mak Meng) berjaya, cun sangat lah diorang takde ke mana mana Sabtu nanti. Nasib baik kengkawan yang lain free jugak time tu. Acccuunnn sangat πŸ˜‰

Dua hari sebelum kejadian kitorang memang dah plan nak buat apa nanti. Siapa yang kena beli kek, beli itu beli ini. End up kitorang decide untuk buat potluck, masing masing bawak makanan sendiri then makan sama sama. Kek beli je kek kecik since semua orang takde suka sangat makan kek. So, bab makanan already settled. Yeayyy. 

Pada hari kejadian, kitorang terpaksa buat makan makan dan celebrate birthday meng dalam bilik dia aja since family dia ada tetamu hari tu. Takpe, plan tetap diteruskan, dan alhamdulillah misi berjaya dan Meng happy πŸ’› makan tetap makan ye gais even dapat makan dalam celebrate yang memuatkan enam orang yang "agak" besar ye masing masing hahahahah 


Masa potong kek, kek hancurrrrrrr. Potong stim betul 


Complete. Sorang bawak macaroni, sorang bawak nasi goreng, sorang bawak bombolini, sorang bawak nugget (aku lah tu, paling senang) and ada sorang tu bawak extravaganza siap ada buah buahan tempatan dan juga lauk tempoyak pucuk ubi plus petai haha kurlassss 😜


Birthday Girl πŸ’• 


Aktiviti wajib. Kecingggggg ambek gambor 


Cakap pasal kucing jadi anjing pun kelako. Mudah terhibur deme ni 😏


Meng, aku doakan yang terbaik buat kau. Semoga kau terus kuat, sabar dan positive dengan segala ujian yang kau hadapi. Percayalah, ada hikmah disebalik semua ni. Moga cepat sembuh seperti sedia kala dan happy selalu. Aku sayang kau dunia akhirat πŸ’‹ touching nyeeeee tengah taip ucapan ni hmm 


Maka tamatlah, sesi gthering dan birthday celebration dari kami berenam. Dari kiri, Mon, Mok, Moy, Mimi, Mek and lastly Meng πŸ’™


Tak lupa jugak, Happiest Birthday untuk anak buah aku yang sorang ni. Besar dah dia, tapi badan maintain kecik. Tapi lincah yakmat, penat nak kejor huhu. Dah besar nanti tolong usu ye, jangan nak cengkelat jeee hahaha

Celorang celoreng dekat pipi dia tu, pak long dia punya keje haha. Kesian budak ni. Tu nampak kan penampakan tangan di situ, haa tu tangan paklong dia la tu haha. Hentam la labuuuu. 

Saturday, May 18, 2019

Che Ta Corner Kangar, Perlis & Birthday Zira

Semalam first time aku pergi Kangar nak makan shellout. Restoran ni member kepada member aku yang recommend sebab dia kata sedap. Siap dia simpan menu kedai ni woiiii. Bukan biashe biashe haha. Since ni bulan puasa so aku booking dulu meja dengan order sebab takde la nanti kelam kabut nak berbuka. Kedai ni bulan puasa buka dari pukul 3 petang - 11 malam setiap hari. So apa yang aku order semalam set shellout big (free 3 nasi) RM35. Dia ada set shellout biasa, portion untuk sorang makan harga RM15. 

Dekat sini bukan setakat ada shellout je, dia ada jugak menu lain macam ikan bakar, ikan sweet sour haa ikut suka korang la nakbagi rasa apa dekat ikan tu. Pastu dia ada jugak set sup tulang, set siakap, set kepah, set temenung  dengan set bawal. Kalau korang nak add on makanan lain boleh je. Macam kerang rebus, kerang percik, sotong goreng tepung dengan cendawan goreng. Harga untuk set-set yang aku cakap tadi bawah RM20 je. 

Menu air dia pun best-best jugak. Ada ice blended, air float, cocktail, ABC, Banana Split, jus buah, laicikang dengan ais milo kepal. So dekat sini banyak options korang boleh pilih ikut tekak korang. Selain tu, diorang ada jugak menu ala carte. 


So ni apa yang aku order semalam. 
Big Shellout (free 3 nasi) - RM35

Pastu kitorang add-on:
Sotong goreng tepung - RM10
Kerang rebus - RM10

Air kitorang order: 
Jus Epal, Jus Oren dengan Jus Tembikai. Semua jenis jus RM5

Pada mulanya aku just order set shellout tu je. Tapi bila dah sampai, aku nengok macam tak cukup je since nafsu makan kitorang ni nafsu kuda so kitorang decide nak add-on makanan lain. Wakakaka. Kitorang order tu lagi berapa minit je lagi nak berbuka. Nasib baik sempat siap sebelum berbuka. 

Overall, kuah shellout dia not bad, sedap, ada manis cukup rasa la. Just bagi aku, portion dia sikit la. Kalau dia tambah portion tu maybe lagi layaannn la aku makan semalam. Sotong goreng tepung dia sedap, rangup, cukup rasa dan yang paling penting sotong goreng tepung dia tak macam cekodok ye guys. Aku suka yang dia salut tu ada lubang kat tengah so dapat la rasa keenakan sotong dengan tepung rangup tu. Sotong tu pun kalau tambah lagi sikit portion tu kira puas hati lah. Kerang pulak sedap, tapi dia punya kerang kecik-kecik. Haha tapi okay rasa dia. Puas hati. 

Cumanya satu je aku nak tambah dekat sini, kalau dia tambah sikit portion dia mesti lagi puas dan seiring dengan harga. Rasa dah ada, sedap just kena tambah portion. Servis pun okay, cepat dan mesra. Kedai bersih dan selesa. Location pun senang nak carik since restoran Che Ta Corner ni betul-betul tepi Balai Polis Kangar. Aku boleh rate Che Ta Corner 7/10. So sesiapa datang Kangar, tak tahu nak makan mana, korang boleh datang Che Ta Corner rasa shellout dia. Waze je Che Ta Corner confirm jumpa πŸ‘Œ

Lepas je balik berbuka semalam, alang-alang dah keluar so kitorang pun beli la sepotong kek untuk birthday girl sorang ni. Birthday dia hari ni. So terimalah sepotong kek dari kami ni. Hekhekhek. 



Selamat Hari Jadi Hazirah Izzati πŸ˜™ Semoga sentiasa dilindungi Allah di mana jua kau berada, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kebahagiann didunia dan akhirat. Aku sayang kau walau macam mana sekalipun. Gituhhh πŸ’“



Boleh pulak lepas dah suprise dia, dia kata cenggini "laaaa kalau aku tahu, aku suruh korang beli sebijik indulgence". Hahahahahahampesss betul. 

Sunday, May 05, 2019

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum semua.... 

Boleh dikatakan ini adalah tahun ke berapa kali entah di perantauan tanpa keluarga di sisi. Dari sejak diploma sampai degree berjauhan dengan family bila masuk first Ramadhan. Sedih sebenarnya 😞 Perantauan tu takde la jauh mana sampai ke oversea. Kedah je pun. Haha. Kedah je pun? Kedah okayy, Kedah bukan sebarang Kedah, Kedah ni jauh ceruk hujung Malaysia tau haha. 

Teringat dulu masa kecik-kecik bila mula nak belajar berpuasa. Dapat puasa separuh hari tu dah kira kejayaan paling besar dah. Even masa tu lagi berapa jam lagi nak berbuka tapi syaitan mana entah yang merasuk nak suruh berbuka awal jugak. Syaitan kan kena ikat, okay la nafsu aku sebenarnya. Tapi tu dulu la, waktu kecik-kecik. Masih tak tahu lagi. Tapi sikit-sikit belajar so dapat la berpuasa penuh satu bulan. 

Dulu waktu sekolah menengah pun, aku selalu jugak tak bangun sahur. First sekali, malas. Pastu kedua jadi tak selera sebab takde masakan mak. Haha mengada engko. Biasa lah. Tapi dulu tahan kalau tak sahur pun, tapi sejak-sejak menginjak usia tua ni, tak larat pulak kalau tak sahur. Faktor umur mungkin. Tapi, betul lah bangun sahur ada pahala nya jugak. So, untuk dapatkan pahala tu, bangun lah sahur. Benda mudah, jangan disulit-sulitkan. So, apa azam Ramadhan korang tahun ni? Apa yang tak dapat buat Ramadhan tahun lepas, dan korang nak teruskan Ramadhan tahun ni? 

Jadi, Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia dan semoga Ramadhan kali ni kita semua diberi keberkatan, kerahmatan dan pada yang sama segala amal ibadah kita terus diterima oleh Allah SWT. Lagi satu, minum air masak banyak-banyak okay adik kakak. Jaga kesihatan dan senyum selalu πŸ’–


Thursday, February 28, 2019

Aktiviti Beriadah UUM - Berkayak

Dah masuk tahun kedua belajar dekat UUM ni tapi still tak pernah lagi try segala mak nenek game yang dah disediakan untuk para mahasiswa dan mahasiswi. Bertuah kan aku? Wakakaka. Dekat dalam UUM ni banyak sebenarnya aktiviti yang kau boleh buat. Sama ada kau rajin dengan malas je. Aku? Dah tentu lah malas. Kerja nya asyik pergi kelas, balik kelas, makan, tidur haha tu jelah. Tu yang dok mengembang macam pau ni. So, antara game yang kau boleh main dalam UUM ni go-kart (belum try lagi), kayak, golf, jungle tracking, hiking, tengok burung unta, naik kuda, dan segala aktiviti dalam sports centre tu lah. Besar sangat tak sempat nak try semua haha alasan je padahal 😁

So, selasa lepas aku dengan Zira, Anim dengan Bed pergi lah try berkayak dekat tasik belakang inasis sime darby. Masuk percuma ye adik-adik. Cuma kena kad matrik je pastu ha kayak la engko puas-puas. Waktu kitorang datang tu, ngam-ngam lepas asar. Dia punya panas tu tak payah cerita lah, macam pukul doblas tengah hari. Waktu ni memang satu Malaysia dilanda cuaca panas yang melampau ye adik-adik. So, masa turn kitorang, orang tak ramai lagi. So boleh la berkayak selama mana yang engko nak πŸ˜† dah siap pakai safety jacket dah ambik kayu mendayung (aku tibai je, aku tak tahu nama dia apa πŸ˜€) then kena pilih kayak mana yang kau nak. So kitorang choose kayak yang stabil dan besar sikit. Sebab abang tu kata, yang lagi satu jenis tu cepat masuk air. Tapi senang nak handle. Ahh aku fikir, aku dengan zira ni dah la beso, so decide ambek yang stabil dan besar lah hahahaha. 

Huru-hara nak handle kayak. Sorang kiri sorang kanan. Haa ghasakkk 


Masa ni baru start, ha debo member kayak berlanggar dengan kayak orang lain. Reaction muka tu yang penting wakaka πŸ˜›

Muka ada sinyum sebab dah pandai handle sikit kayak tu. Sikit la tapi kuikuikui

Besarkan tasik UUM? Ha naik lenguh kami mendayung sampai hujung tasik πŸ˜„


Thank you korang ajak aku pegi main kayak. Kalau idak sampai habis belajo tak pergi-pergi πŸ˜†

So that's all cerita pasal kayak di UUM. Kalau aku ada try lagi game-game best dekat UUM ni, aku share okay. Yang penting apaaaa?? UUM IS THE BEST! Gituhhh semangat nokk πŸ˜€
Byeeeee. 

Friday, February 15, 2019

Demi Tuhan Aku Ikhlas - Armada ft Ifan Seventeen

Baru dua hari lepas lagu ni diupload di Youtube. Tapi hari ni viewers dah mencecah tiga juta lebih. Aku lah yang termasuk dalam tiga juta lebih tu. Dah masuk doploh dua kali dah aku dok mengulang lagu ni. Sedih weh 😒 serious sedih. Siapa yang mendalami maksud lagu ni memang akan feel lebih. Silap-silap boleh menitis air mata dalam tak sedar weh. 

Lagu ni kiranya tribute untuk ahli-ahli kumpulan Seventeen yang terkorban dalam Tsunami Banten Disember yang lepas. Dalam ramai-ramai ahli dalam kumpulan tu, Ifan (vokalis) sorang je yang terselamat dari bencana tsunami tu. Turut terkorban isteri Ifan, Dylan Sahara. Siapa yang tak sedih bila sahabat-sahabat baik, sama-sama berkarya, sama-sama menghiburkan orang lain tiba-tiba pergi serentak tinggal kau sorang je. Tambah pulak, kehilangan isteri tercinta. Tempat untuk mengadu, bermanja, berkasih dah tiada kat sisi kita buat selama-lamanya. 

Kalau aku dekat tempat Ifan, tak tahu aku boleh kuat atau tak. Sememangnya tak kuat nak jalani hidup bila orang-orang yang kita sayang dan rapat takde lagi sebelah kita untuk selama-lamanya. Aku mengikuti jugak account instagram Ifan selepas bencana tsunami tu berlaku sampai lah sekarang. Memang ambek masa jugak lah untuk Ifan nak melupakan apa yang terjadi. Melupakan terus tu tidak lah, tapi melupakan untuk kita meneruskan kehidupan kat dunia ni. 

Memang tiap kali aku tengok posting Ifan, tiap kali dia buat insta story pasal dia rindu isteri dia, sahabat-sahabat dia memang menyentuh gilaa jiwa aku. Memang terus terdetik perasaan sedih bila kita bayangkan diri kita kat tempat Ifan. Tapi, kawan-kawan dan orang sekeliling Ifan sangat-sangat membantu Ifan untuk terus bangkit selepas kejadian bencana tu. Betul la orang kata, kita akan dipengaruhi oleh orang sekeliling kita. Bila orang sekeliling kita positif, maka kita pun akan positif jugak. 



Demi Tuhan Aku Ikhlas - Armada ft. Ifan Seventeen 

Demi Tuhan
Sungguh berat aku lalui
Tanpa kamu bersama denganmu
Sungguh sulit ku menolak
Untuk tak mengingat lagi 
Semua kenangan yang kita lalui
Bersama....

Dan aku disini
Patah hati tak bisa terima
Kepergianmu dan semua kenyataan ini
Tapi aku tak bisa
Hidup begini terus
Kan ku jalani hidup tanpa kamu

Demi Tuhan
Sungguh-sungguh sangat berarti
Mengingatmu...Semua tentangmu
Sungguh sulit ku menolak 
Untuk tak mengingat lagi 
Semua kenangan yang kita lalui
Bersama...

Dan aku disini patah hati
Tak bisa terima
Kepergianmu
Dan semua kenyataan ini
Tapi aku tak bisa hidup begini terus
Kan ku jalani
Hidup tanpa kamu

Dan aku disini patah hati
Tak bisa terima
Kepergianmu
Dan semua kenyataan ini

Aku disini patah hati
Tak bisa terima
Kepergianmu
Dan semua kenyataan ini

Tapi aku tak bisa hidup begini terus
Kan ku putuskan
Engkau...
Engkau...
Ku ikhlaskan

Demi Tuhan...

Lirik dia betul-betul bagi makna yang mendalam bagi aku. Memang dah jadi lagu favourite aku sekarang. Dan daripada lagu ni, daripada cerita disebalik lagu ni sendiri aku dapat belajar yang hidup kita ni misteri. Bila-bila masa je kita boleh tinggalkan. Bila-bila masa je kita boleh pergi. Bila-bila je Allah boleh tarik nyawa kita. Jadi, selagi kita hidup ni banyak lah berbuat baik pada orang lain. Even orang tu buat jahat dekat kita, kita buat baik je dengan dia. Biar bila kita takde suatu hari nanti, orang akan ingat segala kebaikan kita yang kita pernah bagi kat dunia ni. At least, diorang dapat doakan yang baik-baikk untuk kita nanti. 

Personally, aku akan cuba berbuat baik dekat semua orang especially dengan orang-orang sekeliling aku, mak ayah aku, adik-beradik aku, sedara-mara aku, sahabat-sahabat aku dan semua orang. Aku akan cuba. Inshaa Allah. Hargai orang sekeliling kita selagi diorang masih ada dengan kita. Jangan bila dah takde nanti, kita baru nak menyesal. Nak menangis beria nak meraung tak tentu pasal pun dah takde guna. Aku cakap ni pun untuk diri aku jugak. Kadang-kadang leka lalai sampai lupa nak hargai orang yang ada depan mata kita. 

Aku sayang orang-orang sekeliling aku. Suatu hari nanti, bila aku dah takde lagi dekat dunia ini, aku harap korang dapat doakan yang baik-baik dekat aku. Hmmm sedih la pulak entri kali ni 😒 takpelah, jadikan ni sebagai peringatan untuk kita semua hokayy. Aku rasa sampai sini je kot, takut terlebih emosi pulak nanti. Bye πŸ‘‹


Monday, February 11, 2019

Girls Trip - Ipoh Day 3

Last day dekat Ipoh. Kemain sakan sampai tiga hari engko pegi Ipoh. Haha. Last day kan so rasanya semua tempat dah pergi. Pagi tu terus check-out and pergi breakfast dekat medan selera area jam besar bandaraya Ipoh. Ramai orang siot. Padahal waktu kerja kot. Ape diorang ni tak masuk office ke dok melepak pi breakfast lagi. Apooo lah.

Selesai breakfast pergi dekat area Concubine Lane. Nak tengok macam mana rupa Concubine Lane. Rupanya banyak souvenir dekat lorong ni. Kedai untuk ambek gambar pastu ada orang jual-jual makanan cina. Tapi kitorang tak try pun sebab dah kenyang. Pastuh pegi Plan B sebab nak ambek gambo je. Padahal kat situ restoran western. Tapi kitorang datang just nak bergambar je. Tempat dia cantik weh 😍






Area Plan B dengan Concubine Lane tu ade jugak satu lagi tempat antik yang boleh bergambar. Dekat Ipoh Town Time Tunnel. Dekat sini korang boleh jumpa barang-barang antik yang sekarang tak jumpa dekat mana-mana. Memang childhood memory sangat lah masuk situ. Kamera lama zaman pakai kodak kena cuci pi kedai, duit-duit kertas dan syiling lama. CD and DVD lama pun ada. Pastu reka bentuk dapur zaman-zaman dulu, saloon rambut, mesin jahit lama, kedai kopi zaman dulu pun ada. Memang menggamit memori betul lah bila tengok barang-barang tu semua.







Penat bergambar, ape lagi carik something yang boleh basahkan tekak la. Hokkaiddo Ice Cream Puff. Sebab kitoang pergi hari sebelum tu, tapi tutup. So hari ni dapat beli. Kitorang order sorang satu lain-lain flavour. Bagi aku, sedap la. Tapi puff die tu agak keras sikit. Ice cream okay sebab aku memang pilih apa yang aku suka kot πŸ˜€



Pergi Kelly's Castle ambil masa dalam setengah jam jugak dari pekan Ipoh. Sebab Kelly's Castle dekat Batu Gajah. So masa kitorang sampai tu memang betul-betul tengah hari. Matahari terpacak atas kepala ye sis. Boleh migraine rasanya. Kitorang pakai payung masuk dalam sebab terlampau panas.






Maka tamatlah percutian tiga hari dua malam kitorang dekat Ipoh. Baguslah first trip kewangan sangat dijaga dan betul betul save budget. So, ke mana pulak kita lepas ni? Okay, kumpul duit dulu baru boleh fikir nak pegi mana πŸ˜† 

Girls Trip - Ipoh Day 2

Hari kedua dekat Ipoh. Pagi tu kitorang pi breakfast dekat the most famous place dekat Ipoh iaitu New Hollywood. Very recommended sebab macam-macam makanan ada untuk breakfast. Pastu kalau kau lewat sikit je sampai memang susah nak dapat meja. Nasib baik masa kitorang sampai tu memang ada meja kosong so kitorang terus order makanan. Memang rasa nak try semua sebab nampak sedap. Haha. Biasalah asal nampak makanan je tamak, asal tamak je nampak makanan. Haha.

Semua yang kat atas tu sedap bagi aku. Memang aku la kaki habiskan πŸ˜‹

Tengah-tengah makan boleh pulak terserempak dengan member lama kitorang. Dia study dekt UTP Ipoh. Kebetulan dapat jumpa kat situh. Kalau tak, memang payah nak jumpa. Haha. 

Tinggi bebeno la Si Farid ni. Haha.



Next destination kitorang pergi Gunung Lang. About 25 minutes dari New Hollywood nak ke Gunung Lang. Sampai je kena beli tiket. Tapi aku tak tahu berapa ringgit sorang sebab Ira yang pergi uruskan. Haha. Naik bot sekejap pastu sampai. Dekat situ takde apa sangat pun. Just nak carik port bergambar je lebih. Ada mini zoo, ada la bape ketui haiwan kat situ. Pastuh rumah-rumah lama dalam tiga bijik. Itu jee.





Apooooo???

Lepas tuh, kitorang try pergi Cultural Village. Sebelum korang nak pegi kat tempat tu, korang kena beli tiket dulu kat tempat lain. Tempat tiket tu dekat kedai perabot. Memang merata lah kitorang carik tak jumpa-jumpa. Pastu waze pulak bawak kitorang lalu belakang rumah orang. Haha. Gila apa lah waze ni. Agak-agak ah πŸ˜† 

Basically, Cultural Village ni adalah tempat masyarakat Cina. So, dekat sini diorang ada tunjukkan barang-barang antik yang pernah digunakan sewaktu ketika dulu. Menarik la jugak pastu tempat dia tenang je dengar bunyik-bunyik burung pastu nyaman je. Cakap pun bergema hahaha. 


 Tempat ni kena mendaki tau. Tinggi la jugak. 


Berlengaih aih muka masing-masing. 

Penat berjalan, perut pun dah lapar. Tapi perut aku waktu tu takde la lapar gila-gila. Mana taknya aku yang menghabiskan breakfast tadi kan. So, kitorangg waze pegi Nasi Ganja yang orang cakap sedap sangat tuh. Kita try tengok macam mana pigi diaaa. 

Haha. Kena kencing. Rasa dia biasa biasa je. Takde la sedap gila rasa nak meninggal. Aduuuu apelah. 

Dalam kereta dok bebel yang rasa dia biasa je. Tapi harga murah lah. Not bad. Sesuai la untuk save budget trip kitorang ni. Haha. Lepas pekena nasi ganja ni terus balik hotel rehat kejap sebab penat berjalan mendaki bukit segala bagai tadi. 

Petan kitorang try Taufu Fa yang diorang kata sedap tu. Kedai dia biasa-biasa je. Kitorag just order dua mangkuk je. Rasa dia manis. Manis tahap hampir potong kaki. Okay lah not bad biasa biasa je. 

Harga dia aku tak ingat la bape hinggit. Dalam RM3 kot semangkuk. 

Okay tak cukup dengan taufu fa so kitorang try makan dekat dimsum yang very recommended katanya kat Ipoh ni. Tak bape nak ingat ape yang kitorang order tapi kitorang just order apa yang best seller dekat situ jelah. 


Sebab aku minat gila dengan dimsum. So aku rasa okay okay jela dia punya rasa. Not bad. 

Malam kitorang just lepak dekat bilik je makan cikedis, eksrem, meggi cup sambil layan drama kat tv. Haha. Seronok weh. Bukan selalu dapat macam ni. Just chill dalam bilik je sebab rasa esok nya nak gerak balik dah. Lagipun penat seharian berjalan kan. So this is penutup hari kedua kitorang πŸ˜›