Saturday, March 28, 2020

Covid-19 PKP selama sebulan

As for now, dah masuk hari ke-11 kita dalam tempoh PKP. For those yang tak tahu PKP tu apa, PKP bermaksud perintah kawalan pergerakan or in other words MRO, movement restriction order. Sebab apa? Siapa suruh? Okay, semestinya lah kerajaan yang suruh sebabkan sekarang ni negara kita bahkan satu dunia tengah hadapi wabak COVID-19 ni sejak hujung tahun lepas. Now, it become worst day by day. 

So, apa je aktiviti kat rumah yang boleh buat en selain masak, makan dan tidur. Nak keluar mana-mana pun dah tak boleh. Kang kalau keluar kang mau kena tangkap dengan abang misai haha. Since aku balik rumah 18/3 hari tu, aktiviti harian aku macam tulah berulang-ulang setiap hari. Silap-silap habis je tempoh PKP ni, badan bulat macam ikan buntal. Haha. Dah kerja asyik nak makan tidur makan tidur je kan. 

Actually, kelas online aku pun ada yang dah start minggu lepas. So start 1/4 ni kelas online akan berjalan seperti biasa sama macam waktu kelas face to face. Ha yah, act kan aku dah bawak balik dah semua barang-barang aku kat UUM. Sebab dikhabarkan yang students akan hadapi online kelas sampai habis semester. So, aku dah angkut semua bawak balik rumah. Haha. Tak sempat aku nak habiskan sisa-sisa hidup final semester aku dekat UUM. Terkilan gilaa nyah :(



  
Batang-barang yang ada dekat UUM aku angkut bawak balik rumah. Covid-19 punya pasal haha

Fyi, katil ni baru aku duduk, tidur dalam 5 minggu je sebab aku baru je pindah bilik sem ni. Sobsob sedih 😢


Mungkin la akan datang sini balik nanti waktu konvo, tapi moment and perasaan tu dah tak sama. So sempat lah along tangkapkan gambar aku masa tu sebelum pulang ke rumah. 


Masa along ambik aku tu, dah tengah malam. Dah pukul 12 malam tak silap, haha macam nak seludup orang masuk Siam okay gayanya. Sebab esoknya memang polis kawal ketat orang yang rentas negeri keluar rumah semua ni. So alhamdulillah dikala keadaan begini, aku sempat balik rumah and ada dengan mak ayah and family aku. And ada juga kawan-kawan aku yang tak sempat nak balik rumah jumpa mak ayah sebabkan PKP and terpaksa stay dekat hostel for a month. Hm btw, jom doakan sama-sama wabak Covid-19 ni reda and kita semua boleh hidup and jalani kehidupan seharian kita seperti biasa.