Eh lagi sebulan je nak habis cuti semester. Cepat nau la masa berlalu, pejam celik pejam celik badan makin mengembang. Eh? Haha ye aku lah penternak lemak yang berjaya sekarang ni. Al maklumlah cuti kan, segala makanan dekat rumah ni kau nak bedal. Pastu menyesal konon nak exercise nak start diet tapi pastu esok ulang balik makan macam piranha 😆 mula la Cik Jai (mak aku) kata aku ni dah gemuk duduk rumah. Allahu.
Sesi menternak lemak tidak aku biar berseorangan. So, time cuti ni lah nak gather gather dengan kengkawan kan. Lama nok tak jumpa memasing busy pastu ada je masa yang tak free. Kalau jumpa pun mesti lopong lopong tak cukup semua. Jumaat lepas 19 Julai, birthday kawan aku sorang ni, Meng aka Farah Liyana. Aku dengan kawan aku sorang lagi ni, Husna memang dah plan nak celebrate birthday Si Meng tahun ni. Memandangkan faktor kesihatan Meng yang tak berapa baik since awal tahun hari tu, so kitorang decide dengan tiga orang lagi kawan kitorang untuk jayakan misi suprisekan Si Meng ni. Aku memang dah whatsapp mak Si Meng ni tiga hari sebelum hari kejadian sebab takut takut time tu diorang keluar ke takde kat rumah or ada appointment hospital. Deal dengan Cik Hasni (mak Meng) berjaya, cun sangat lah diorang takde ke mana mana Sabtu nanti. Nasib baik kengkawan yang lain free jugak time tu. Acccuunnn sangat 😉
Dua hari sebelum kejadian kitorang memang dah plan nak buat apa nanti. Siapa yang kena beli kek, beli itu beli ini. End up kitorang decide untuk buat potluck, masing masing bawak makanan sendiri then makan sama sama. Kek beli je kek kecik since semua orang takde suka sangat makan kek. So, bab makanan already settled. Yeayyy.
Pada hari kejadian, kitorang terpaksa buat makan makan dan celebrate birthday meng dalam bilik dia aja since family dia ada tetamu hari tu. Takpe, plan tetap diteruskan, dan alhamdulillah misi berjaya dan Meng happy 💛 makan tetap makan ye gais even dapat makan dalam celebrate yang memuatkan enam orang yang "agak" besar ye masing masing hahahahah
Masa potong kek, kek hancurrrrrrr. Potong stim betul
Complete. Sorang bawak macaroni, sorang bawak nasi goreng, sorang bawak bombolini, sorang bawak nugget (aku lah tu, paling senang) and ada sorang tu bawak extravaganza siap ada buah buahan tempatan dan juga lauk tempoyak pucuk ubi plus petai haha kurlassss 😜
Birthday Girl 💕
Aktiviti wajib. Kecingggggg ambek gambor
Cakap pasal kucing jadi anjing pun kelako. Mudah terhibur deme ni 😏
Meng, aku doakan yang terbaik buat kau. Semoga kau terus kuat, sabar dan positive dengan segala ujian yang kau hadapi. Percayalah, ada hikmah disebalik semua ni. Moga cepat sembuh seperti sedia kala dan happy selalu. Aku sayang kau dunia akhirat 💋 touching nyeeeee tengah taip ucapan ni hmm
Maka tamatlah, sesi gthering dan birthday celebration dari kami berenam. Dari kiri, Mon, Mok, Moy, Mimi, Mek and lastly Meng 💙
Tak lupa jugak, Happiest Birthday untuk anak buah aku yang sorang ni. Besar dah dia, tapi badan maintain kecik. Tapi lincah yakmat, penat nak kejor huhu. Dah besar nanti tolong usu ye, jangan nak cengkelat jeee hahaha
Celorang celoreng dekat pipi dia tu, pak long dia punya keje haha. Kesian budak ni. Tu nampak kan penampakan tangan di situ, haa tu tangan paklong dia la tu haha. Hentam la labuuuu.







