Assalamualaikum ,
Sejak akhir-akhir ini aku selalu fikir yang bukan-bukan sehinggakan aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yang aku fikirkan . Benda yang selalu aku fikir dan aku amat takut kalau terjadi dekat diri aku bila seseorang yang aku sayang macam abah , emak , along , angah dengan abang aku pergi meninggalkan aku . Aku teramat amat takut tentang itu . Sesungguhnya segala ajal , maut , jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Yang Maha Esa .
Perkara ini membuatkan aku lagi sedih bila perkara ini berlaku dengan orang yang hampir dengan aku . Aku amat-amatlah sedih di atas kehilangan abang kak syakilla dua minggu yang lalu . Aku sempat tengok muka dia bila dia lalu tepi kelas aku selepas ayah dia datang ke pejabat dan memanggilnya . Balik ke kelas dengan keadaan sebak . Aku tertanya-tanya , dan baru aku tahu abang dia meninggal selepas kemalangan pagi tu . Al-Fatihah
Walauapapun , kita mesti terima dan redha dengan apa yang berlaku atas diri kita . Yang hidup perlulah teruskan kehidupan dan penuhkan hari-hari kita dengan amal kebaikan . Kita pun tak tahu bila tiba ajal kita pula . Sama-sama lah kita renungkan demi kepentingan diri sendiri di akhirat kelak .
Di sini , aku ingin memohon maaf di atas kesilapan yang telah aku lakukan .

No comments:
Post a Comment