Friday, February 15, 2019

Demi Tuhan Aku Ikhlas - Armada ft Ifan Seventeen

Baru dua hari lepas lagu ni diupload di Youtube. Tapi hari ni viewers dah mencecah tiga juta lebih. Aku lah yang termasuk dalam tiga juta lebih tu. Dah masuk doploh dua kali dah aku dok mengulang lagu ni. Sedih weh 😢 serious sedih. Siapa yang mendalami maksud lagu ni memang akan feel lebih. Silap-silap boleh menitis air mata dalam tak sedar weh. 

Lagu ni kiranya tribute untuk ahli-ahli kumpulan Seventeen yang terkorban dalam Tsunami Banten Disember yang lepas. Dalam ramai-ramai ahli dalam kumpulan tu, Ifan (vokalis) sorang je yang terselamat dari bencana tsunami tu. Turut terkorban isteri Ifan, Dylan Sahara. Siapa yang tak sedih bila sahabat-sahabat baik, sama-sama berkarya, sama-sama menghiburkan orang lain tiba-tiba pergi serentak tinggal kau sorang je. Tambah pulak, kehilangan isteri tercinta. Tempat untuk mengadu, bermanja, berkasih dah tiada kat sisi kita buat selama-lamanya. 

Kalau aku dekat tempat Ifan, tak tahu aku boleh kuat atau tak. Sememangnya tak kuat nak jalani hidup bila orang-orang yang kita sayang dan rapat takde lagi sebelah kita untuk selama-lamanya. Aku mengikuti jugak account instagram Ifan selepas bencana tsunami tu berlaku sampai lah sekarang. Memang ambek masa jugak lah untuk Ifan nak melupakan apa yang terjadi. Melupakan terus tu tidak lah, tapi melupakan untuk kita meneruskan kehidupan kat dunia ni. 

Memang tiap kali aku tengok posting Ifan, tiap kali dia buat insta story pasal dia rindu isteri dia, sahabat-sahabat dia memang menyentuh gilaa jiwa aku. Memang terus terdetik perasaan sedih bila kita bayangkan diri kita kat tempat Ifan. Tapi, kawan-kawan dan orang sekeliling Ifan sangat-sangat membantu Ifan untuk terus bangkit selepas kejadian bencana tu. Betul la orang kata, kita akan dipengaruhi oleh orang sekeliling kita. Bila orang sekeliling kita positif, maka kita pun akan positif jugak. 



Demi Tuhan Aku Ikhlas - Armada ft. Ifan Seventeen 

Demi Tuhan
Sungguh berat aku lalui
Tanpa kamu bersama denganmu
Sungguh sulit ku menolak
Untuk tak mengingat lagi 
Semua kenangan yang kita lalui
Bersama....

Dan aku disini
Patah hati tak bisa terima
Kepergianmu dan semua kenyataan ini
Tapi aku tak bisa
Hidup begini terus
Kan ku jalani hidup tanpa kamu

Demi Tuhan
Sungguh-sungguh sangat berarti
Mengingatmu...Semua tentangmu
Sungguh sulit ku menolak 
Untuk tak mengingat lagi 
Semua kenangan yang kita lalui
Bersama...

Dan aku disini patah hati
Tak bisa terima
Kepergianmu
Dan semua kenyataan ini
Tapi aku tak bisa hidup begini terus
Kan ku jalani
Hidup tanpa kamu

Dan aku disini patah hati
Tak bisa terima
Kepergianmu
Dan semua kenyataan ini

Aku disini patah hati
Tak bisa terima
Kepergianmu
Dan semua kenyataan ini

Tapi aku tak bisa hidup begini terus
Kan ku putuskan
Engkau...
Engkau...
Ku ikhlaskan

Demi Tuhan...

Lirik dia betul-betul bagi makna yang mendalam bagi aku. Memang dah jadi lagu favourite aku sekarang. Dan daripada lagu ni, daripada cerita disebalik lagu ni sendiri aku dapat belajar yang hidup kita ni misteri. Bila-bila masa je kita boleh tinggalkan. Bila-bila masa je kita boleh pergi. Bila-bila je Allah boleh tarik nyawa kita. Jadi, selagi kita hidup ni banyak lah berbuat baik pada orang lain. Even orang tu buat jahat dekat kita, kita buat baik je dengan dia. Biar bila kita takde suatu hari nanti, orang akan ingat segala kebaikan kita yang kita pernah bagi kat dunia ni. At least, diorang dapat doakan yang baik-baikk untuk kita nanti. 

Personally, aku akan cuba berbuat baik dekat semua orang especially dengan orang-orang sekeliling aku, mak ayah aku, adik-beradik aku, sedara-mara aku, sahabat-sahabat aku dan semua orang. Aku akan cuba. Inshaa Allah. Hargai orang sekeliling kita selagi diorang masih ada dengan kita. Jangan bila dah takde nanti, kita baru nak menyesal. Nak menangis beria nak meraung tak tentu pasal pun dah takde guna. Aku cakap ni pun untuk diri aku jugak. Kadang-kadang leka lalai sampai lupa nak hargai orang yang ada depan mata kita. 

Aku sayang orang-orang sekeliling aku. Suatu hari nanti, bila aku dah takde lagi dekat dunia ini, aku harap korang dapat doakan yang baik-baik dekat aku. Hmmm sedih la pulak entri kali ni 😢 takpelah, jadikan ni sebagai peringatan untuk kita semua hokayy. Aku rasa sampai sini je kot, takut terlebih emosi pulak nanti. Bye 👋


No comments:

Post a Comment